suria

Bikin filem PLU hanya untuk dakwah, Shahrulezad sanggup ‘telan’ kecaman - “Baru tengok tajuk dah menggigil satu badan!”

Pengarah Shahrulezad bersedia menerima kecaman masyarakat kerana filem PLU.

MENERBITKAN sebuah filem berkisarkan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) mungkin akan mengundang rasa kurang senang segelintir pihak memandangkan isu ini dianggap tabu dan sensitif bagi masyarakat Malaysia.

Justeru itu, pengarah Shahrulezad Mohameddin berkata dia sudah bersedia dengan apa jua kemungkinan termasuklah komen yang akan dilemparkan netizen mengenai penghasilan filem berjudul PLU itu.

"Segala kecaman, cacian, ugutan yang dilemparkan abam (merujuk dirinya) akan cuba telan dan hadam.

ARTIKEL BERKAITAN: Shahrulezad sifatkan golongan yang balik kampung tanpa alasan pentingkan diri dan tak bertanggungjawab!

"Ibarat mahu mengubati penyakit tokak di kaki. Kita perlu berdepan dengan menghidu bau hanyir, jijik, nanah yang ada, baru kita boleh ubati. Bukan semudah memotong terus kaki tanpa cuba merawatinya.

"Semoga Allah pelihara dan bersihkan niat abam dan team dalam berkarya. Semoga dipermudahkan usaha dakwah kecil kami terhadap komuniti straight dan LGBT," katanya menerusi laman Instagram.



Shahrulezad ulas mengenai filem terbaharunya berjudul PLU.

Pada Isnin lalu, Shahrulezad berkongsi poster mencari barisan pelakon yang sesuai bagi membintangi filem tersebut.

Ia mengundang kritikan dan rasa kurang senang netizen berikutan tajuknya PLU memberi bayangan ia berkaitan dengan dunia LGBT.

Sementara itu, pengarah drama Nur ini memberitahu filem tersebut tidak akan ditayangkan di mana-mana stesen televisyen kerana menyedari majoriti rakyat Malaysia masih belum terbuka menerima sebuah naskah mengetengahkan isu berkenaan.

"Jangan bimbang karya PLU ini tak akan ditayangkan di televisyen drama tempatan sebab abam tahu majoriti penonton sebenarnya tidaklah terbuka mana pun.



Shahrulezad mahu beri kesedaran dengan menyelami realiti kehidupan golongan LGBT.

"Mereka acah-acah hipster dan terbuka tapi baru tengok tajuk PLU dah menggigil satu badan terbayangkan api neraka.

"Padahal itu baru poster ujibakat, belum lagi tengok poster sebenar... jadi saya tak letak harapan rakyat Malaysia akan menyokong," ujarnya yang memaklumkan akan menyiarkan filem tersebut menerusi platform digital.

Dalam pada itu, Shahrulezad berkata niatnya menghasilkan karya tersebut bertujuan mengajak penonton menyelami dunia PLU, sekaligus membantu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menangani isu ini secara mendalam.

"Bagi sesiapa yang tag (menyebut) Jakim fasal hal ini, satu benda sahaja abam nak beritahu, di Jakim sendiri ada department khusus isu LGBT ini.

"Apa abam buat ini sebenarnya nak bantu Jakim dalam menangani isu ini secara holistik. InsyaAllah semoga Allah permudahkan," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

PLU, Shahrulezad

Artikel Berkaitan

Artikel Lain