suria

“Bagus ada public figure dijangkiti koronavirus!” - Janna Nick minta maaf terlepas cakap, salah guna perkataan

Janna minta maaf tersalah menggunakan perkataan semasa siaran langsung.

PELAKON dan pengacara, Janna Nick membuat permohonan maaf kerana terlanjur kata ketika mengacarakan program hiburan Melodi.

Sebagai pengacara baharu, Janna mengakui menggunakan perkataan yang kurang sesuai sehingga penonton tersalah tafsir maksud yang cuba disampaikan.

"Minta maaf... saya orang baru dalam bidang pengacaraan! Ayat yang patut diubah adalah perkataan 'bagus' itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Janna Nick terpelecok masa 'live', netizen pula puas hati - “Mulut jahat sangat"

"Sepatutnya (guna perkataan) 'sekurang-kurangnya' apabila ada public figure terkena Covid-19 supaya penonton dapat tahu keadaan sebenar dan dapat create awereness bahaya virus ini.

"Saya minta maaf sangat-sangat salah guna perkataan," kata Janna semasa penutup program tersebut pada Ahad.

Janna bersama rakan pengacara, Awal Ashaari.

Sebelum itu, Janna mengulas berita mengenai aktres Puteri Aishah disahkan positif Covid-19.

Namun, dia tersalah menggunakan perkataan sehingga menimbulkan rasa kurang senang penonton di laman Twitter.

"Bagus juga sebenarnya apabila ada dalam kalangan public figure dijangkiti koronavirus ni.

"Bagus?," sampuk Awal.

"Bukan bagus... maksudnya dia boleh beri kesedaran macam mana keadaan di dalam hospital," kata Janna ketika bersiaran langsung.

Janna minta maaf tersalah guna perkataan.

Sementara itu, rakan pengacara Awal Ashaari pula berkata dia memahami maksud yang cuba disampaikan oleh Janna itu.

"Dia salah pentafsiran, kalau kita membawang sesama kita, saya faham! 

"Tapi maksud Janna orang yang kena Covid boleh kongsi pengalaman supaya kita tahu betapa serius dan bahayanya wabak ini.

"Itu maksudnya... Janna pun dah minta maaf, bolehlah drop topik ni!," kata Awal.

Janna Nick, Melodi

Artikel Lain

Messi menang anugerah Ballon d'Or