Kemukakan bukti jika mahu tuntut lagu Sumpah! - “Ingatkan sudah selesai rupa-rupanya masih berpanjangan” - Hiburan | mStar

Kemukakan bukti jika mahu tuntut lagu Sumpah! - “Ingatkan sudah selesai rupa-rupanya masih berpanjangan”

Pihak pengurusan Naim Daniel meminta Dayana menyatakan tuntutan bersama bukti.

ISU tuntutan hak cipta lagu Sumpah nyanyian Naim Daniel terus menjadi perbualan hangat netizen sehinggalah pihak pengurusan World Peace Entertainment (WPE) tampil membuat penjelasan.

Menerusi kenyataan kepada mStar, WPE menegaskan lagu tersebut merupakan hasil karya mutlak pencipta lirik Naim Daniel serta gubahan muzik oleh Naim Daniel bersama Omar K.

"Berhubung dengan isu tuntutan lagu Sumpah, kami menegaskan bahawa lagu tersebut merupakan hasil karya kerjasama kreatif diantara Naim Daniel dan Omar K. Sumpah seperti mana yang telah diterbitkan dan diketahui umum semenjak April 2019, telah dan akan sentiasa menjadi hak cipta dikreditkan kepada pihak-pihak tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia kata isu ini dah selesai... apa yang selesai?” - Bekas kekasih beri tempoh seminggu Naim Daniel daftar semula lagu Sumpah!

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas kekasih nafi cinta tidak direstu keluarga dalam lagu ‘Sumpah’, Naim Daniel mohon maaf pada ibu Dayana

"Sebagai sebuah organisasi yang sentiasa mendukung dan mengiktiraf bakat dan kualiti karya muzik, kami dengan ini menegaskan bahawa pada setiap masa yang material, perkara-perkara yang telah berlaku dan berlalu adalah seperti dalam pengetahuan umum dan media.

"Bagaimanapun, WPE mengesali kesulitan yang dihadapi Siti Amirah Dayana sekeluarga akibat dari isu hak cipta dan tuntutan beliau," katanya.

Pada Selasa lalu, timbul isu pemilikan lagu Sumpah apabila bekas kekasih Naim iaitu Dayana Emerda membuat tuntutan meminta mendaftar semula lagu tersebut sebagai karya bersama.

Dayana mendakwa Naim merakam dan menerbitkan lagu Sumpah tanpa pengetahuannya.

Justeru itu, peguam yang mewakili Dayana iaitu Ahmad Zaharil Muhaiyar menjelaskan pihaknya memberi tempoh selama seminggu kepada Naim untuk mendaftarkan lagu berkenaan sebagai hak milik bersama bagi mengelak konflik berpanjangan.

Sekiranya Siti Amirah Dayana atau mana-mana wakil dari pihak beliau yang mempunyai niat atau ingin menuntut sebarang hak cipta sila kemukakan tuntutan bersama bukti!

WPE

PIHAK PENGURUSAN NAIM DANIEL

Sementara itu, WPE berkata mereka bersedia memberikan kerjasama dan meminta Dayana menyatakan tuntutan bersama bukti-bukti sahih.

"Sebelum sidang media itu tersebut, kami percaya bahawa sebarang rasa tidak puas hati di antara mana-mana pihak telah pun diselesaikan terlebih dahulu, namun hakikatnya adalah sebaliknya dan rupa-rupanya masih berpanjangan.

"Sekiranya Siti Amirah Dayana atau mana-mana wakil dari pihak beliau yang mempunyai niat atau ingin menuntut sebarang hak cipta yang sungguh pun digiatkan bersama melalui hasil karya yang dimaksudkan, sila kemukakan tuntutan bersama bukti-bukti berkaitan menerusi email kami.

"Sebagai organisasi yang mengetengahkan bakat-bakat artis muda tanah air melalui pelbagai lagu-lagu hit, kami amat berbesar hati untuk mempertimbangkan sebarang tuntutan tersebut sekiranya hak-hak yang dikemukakan adalah benar dan muktamad. Pihak kami sudi bekerjasama untuk menyelesaikan apa-apa perkara yang berbangkit," ujarnya.

Pada 10 Februari lalu, lagu Sumpah diangkat sebagai pemenang Anugerah Juara Lagu ke-34 yang berlangsung Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Naim Daniel

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain