Berkenalan di ulang tahun Uqasha Senrose, pilot terbuka hati terima Emma Maembong selepas 8 bulan rapat

Emma dan suaminya yang juga merupakan seorang juruterbang, Shazli Azhar. -FOTO @cstproduction

KECANTIKAN semulajadi dan kebaikan hati menjadi pendorong juruterbang, Muhammad Shazli Azhar memilih pelakon Emma Maembong menjadi isterinya.

Menurut Shazli, 32, Emma seorang wanita yang mengutamakan keluarga dan bijak memilih kawan.

"Emma mempunyai hati yang baik dan tahu apa yang diinginkan dalam hidupnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Selamat pengantin baharu! Emma Maembong akhirnya sah jadi isteri orang

ARTIKEL BERKAITAN: “Tiada siapa boleh ganti tempat Emma dalam hati saya” - Alvin Chong

"Dia juga mengutamakan keluarga serta sangat tegas dalam soal membuat keputusan.

"Saya melihat dia juga jenis yang ada ramai kawan... namun memilih yang betul-betul boleh rapat dengannya,” katanya.

Emma mula mengenali Shazli pada tahun 2017.

Sebelum itu, Emma dan Shazli selamat bernikah di sebuah majlis tertutup di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada pagi Khamis.

Sementara itu, Emma pula berkata dia mula mengenali Shazli ketika menghadiri sambutan ulang tahun Uqasha Senrose pada tahun 2017.

"Sehari selepas itu dia sebenarnya ada menghantar mesej di Instagram tapi tidak disedari saya. Hanya pada tahun 2018, baru mesej yang dihantarnya itu saya nampak. Ketika itu kami hanya berbalas mesej biasa termasuk bercakap soal kucing. Perbualan itu berakhir begitu saja.

"Dipendekkan cerita pada 15 Julai tahun lalu, kami berhubungan semula di Instagram. Kali ini proses itu lebih jelas dan masing-masing bertukar nombor telefon.

Rakan artis hadir semasa majlis pernikahan mereka yang diadakan secara tertutup.

"Seminggu selepas itu, dia mahu jadikan saya sebagai kekasihnya.  Seminggu seterusnya pula, dia bersungguh-sungguh mahu menjadikan saya sebagai isterinya,” ujarnya.

Dalam pada itu, pelakon filem Kimchi Untuk Awak ini terbuka hati menerima Shazli sebagai suami kerana sikap lelaki itu yang mementingkan keluarga dan agama.

"Dia tak mahu membuang masa dalam hubungan ini dan saya pun inginkan hal sama. Dia juga lelaki yang mementingkan keluarga dan agama selain matang.

"Selepas dua bulan mengenali diri masing-masing, kami sepakat menghalalkan hubungan ini. Pada 11 Oktober lalu, keluarganya datang merisik di rumah keluarga saya. Semuanya tersusun cantik,” katanya.

Pasangan ini dijangka akan mengadakan majlis resepsi di Putrajaya pada 6 Mac depan.

Emma Maembong, Shazli Azhar

Artikel Berkaitan

Klik

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Artikel Lain