Hamil 6 bulan... Ardell Aryana dinasihatkan bawa kerusi roda, dikhuatiri pengsan walaupun sedang duduk

Ardell cabar diri berjalan lebih 2 kilometer dalam satu hari.

MENGHITUNG hari menantikan kelahiran cahaya mata pertama, pelakon Nadzmi Adhwa berkongsi keadaan isterinya, Ardell Aryana yang sedang sarat hamil tujuh bulan.

Nadzmi berkata biarpun doktor menasihati Ardell menggunakan kerusi roda berikutan dikhuatiri pengsan pada bila-bila masa namun isterinya itu tetap berdegil.

ARTIKEL BERKAITAN: “Muntah teruk ingat penyakit lama awak datang balik” - Nadzmi Adhwa umum Ardell kini hamil

Bagaimanapun, Nadzmi tetap memberi sokongan kepada isterinya yang gemar mencabar diri untuk berjalan lebih dua kilometer dalam masa satu hari.

Nadzmi berkongsi video memperlihatkan Ardell sedang duduk berehat kepenatan.

"Doktor kata bila-bila masa saja dia boleh pengsan walaupun waktu sedang duduk. Doktor suruh bawa kerusi roda kalau keluar tapi degil.

"Come on sayang awak boleh buat. Dia selalu cabar diri dia jalan kaki dua kilometer lebih sehari kuat betul semangat dia ini tapi tak tercapai.

"Tak apa sayang cuba lagi, cuba lagi dan cuba lagi! Awak boleh! Awak salah seorang wanita paling kuat yang saya pernah jumpa sejak kita jadi kawan baik beberapa tahun lalu," katanya.

Nadzmi turut memuat naik video yang memperlihatkan Ardell sedang duduk berehat di ruang barangan elektrik di sebuah pusat membeli-belah.

Awak salah seorang wanita paling kuat yang saya pernah jumpa sejak kita jadi kawan baik beberapa tahun lalu.

NADZMI ADHWA

PELAKON

Rata-rata netizen berharap Ardell mendengar nasihat doktor agar tidak memudaratkan diri serta bayi dalam kandungannya.

Selain itu, ada juga segelintir netizen yang berkongsi pengalaman mereka mengalami masalah yang sama ketika sedang sarat mengandung.

"Kalau memudaratkan untuk ibu dan bayi, ada baiknya ikut nasihat doktor ya Ardell. Apa-apa pun korang lebih tahu keadaan diri masing-masing.

"Harap terus kuat dik... jaga kesihatan tu, ikut nasihat doktor. Moga Allah kurniakan kekuatan, ketabahan dan kesihatan yang baik buatmu dalam apa juga keadaan.

Ardell dan Nadzmi bakal timang cahaya mata pertama tidak lama lagi.

"Ya. Saya pernah pengsan masa kandungan empat bulan. Jatuh hempap troli lebam habis badan. Setiap kali nak pitam, saya mesti terus terduduk takut nak berdiri," komen netizen.

Menerusi laporan mStar pada 20 Disember tahun lalu, Nadzmi berkongsi berita gembira isterinya sedang hamil empat bulan.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 1 September tahun lalu di kediaman keluarga belah perempuan di Seri Kembangan, Selangor.

Nadzmi Adhwa, Ardell Aryana

Artikel Berkaitan

Artikel Lain