suria

Kerap sakit perut, Zulin Aziz akan jalani pembedahan buang batu karang di hempedu pada hari lahir ke-30

Zulin kerap sakit perut rupa-rupanya ada batu di hempedu.

PELAKON Zulin Aziz memberitahu dia terpaksa menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-30 di hospital pada Selasa kerana menjalani pembedahan membuang batu karang di hempedu.

Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abdul Aziz, berkata dia mengesan penyakit itu selepas kerap mengalami sakit perut yang berterusan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Mujurlah tiada babak tumbuk-menumbuk... muka tak boleh nak sorok!” - Zulin Aziz ‘awkward’, studio tegang kerana isu ‘body shaming’

"Saya masuk wad selepas selalu sangat sakit perut. Bila buat pemeriksaan doktor, ada batu di hempedu.

Keluarga memberi kata-kata semangat kepada Zulin.

"Jadi, doktor nasihat memang kena buang. Insya-Allah esok saya akan menjalani pembedahan buang batu itu.

"Salah satu punca terjadi disebabkan saya tidak menjaga pemakanan dengan betul," kata Zulin ketika dihubungi mStar pada Isnin.

Zulin ada memuat naik foto dia berada di sebuah hospital dan memohon doa agar pembedahan yang akan dilakukan berjalan dengan lancar di Instagramnya.

Menerusi kapsyen tersebut, bekas penyampai radio Suria FM ini meluahkan rasa sedih apabila dia hanya menyambut kelahirannya tahun ini di hospital.

Zulin harap peminat doakan kesihatannya.

"Mohon doakan pembedahan saya berjalan dengan lancar, selamat dan dipanjangkan umur ya.

"Tahun ini saya sambut hari lahir saya yang ke-30 di hospital. Tak apalah, tak dapat makan kek dan tiup lilin.

"Dapat doa daripada anda semua pun dah Alhamdulillah. Moga-moga Allah makbulkan doa-doa," tulisnya.

Dalam pada itu, rata-rata pengikut di laman sosial berharap Zulin cepat sembuh dan segala urusannya dipermudahkan.

Zulin Aziz

Artikel Lain