suria

Alyah tonton ceramah agama di YouTube untuk atasi tekanan, “Sebelum ini lepaskan perasaan di IG, sekarang hanya pada Allah”

Alyah gemar mendengar ceramah daripada dua agamawan ini. Foto Instagram @alyah81

KERAP berdepan kecaman dan kritikan netizen, penyanyi Datin Alyah memberitahu dia mempunyai cara tersendiri mengatasi tekanan tersebut.

Menurut Alyah, 38, mendengar dan menonton ceramah agama di laman Youtube sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan tekanan yang dihadapinya.

"Secara peribadi, apabila saya rasa macam sedikit tertekan, saya bangun buka Youtube dan dengar ceramah agama. Itu antara cara saya atasi tekanan perasaan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Orang sekeliling mahu lihat saya terus jatuh” - Alyah rimas dikatakan buka cerita rumah tangga dalam lagu

ARTIKEL BERKAITAN: “Mungkin itu yang terbaik buat masa ini” - Enam tahun berkahwin Alyah reda belum dikurniakan zuriat

"Kebiasaannya saya dengar ceramah Datuk Ustaz Kazim Elias dan Ustaz Khalid Basalamah atau ceramah-ceramah yang lawak. Apabila mendengar ceramah mereka membuatkan saya semakin kuat dalaman," katanya kepada mStar.

Alyah tidak mampu menahan sebak mengenangkan 19 tahun perjalanan sebagai anak seni.

Sementara itu, Alyah berkata ilmu yang diperolehi itu juga secara tidak langsung dapat dikongsikan bersama peminat di laman sosial.

"Saya ambil isi ceramah itu dan praktikkan mengikut kesesuaian, jadi bila saya live di laman sosial, saya akan kongsi dengan peminat.

"Ada satu ayat yang saya pegang dan masih ingat... Allah sentiasa ada dengan kita dan mendengar masalah kita. Kalau sebelum ini mungkin lepaskan dekat Instagram, sekarang ini hanya dekat Allah," katanya.

MV Meluruh terima sambutan baik peminat.

Bercakap mengenai perkembangan terkini, Alyah kini sedang sibuk mempromosikan single terbaharu berjudul Meluruh.

Lagu ciptaan Alyah bersama Slen Fadzil dan Helen Yap ini mengisahkan tentang pahit getir perjalanan seninya sepanjang 19 tahun bergelar penyanyi.

Video muzik (MV) arahan pengarah Ghaz Abu Bakar itu sudah boleh ditonton di laman Youtube dan menerima lebih 200,000 tontonan sejak dilancarkan pada 26 Julai lalu.

Alyah, Meluruh

Artikel Lain