suria

Siapa artis AA kaki curi? Pelakon Indonesia pula dakwa jadi mangsa songlap duit

Yunika mendakwa wang di dalam begnya lesap selepas berhibur bersama pelakon lelaki berkenaan.

SELEBRITI kelahiran Singapura yang menempa nama di Malaysia sekali lagi dikaitkan dengan kontroversi, kali ini didakwa mencuri sejumlah wang milik pelakon Indonesia, Raja Yunika Putri.

Memetik laporan portal haluankepri.com, kejadian itu berlaku ketika Yunika dan artis yang digelar AA itu bertemu di Clarke Quay, Singapura pada 7 Jun lalu.

"AA penyanyi terkenal di Malaysia dan Singapura. Dia juga pernah berduet dengan Syahrini.

"Malam itu saya berjumpa dia di Clarke Quay, Singapura. Kemudian saya pergi membuat bayaran di kaunter dengan meninggalkan beg tangan mengandungi wang dan barang berharga di tempat duduk.

"Tidak lama selepas dia beredar, saya menyedari wang dalam beg berkenaan sudah hilang. Saya mengesyaki dia mengambilnya kerana sebelum itu dia yang berada di tempat duduk bersama beg itu," katanya.

Yunika membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Sehubungan itu Yunika berkata dia melaporkan kejadian itu kepada polis Singapura dan kes itu dikendalikan oleh polis republik itu.

"Saya ada beritahu mahu melaporkan kejadian ini kepada polis tetapi dia mencabar saya untuk meneruskannya.

"Bagaimana seseorang yang cukup dikenali boleh mengambil tindakan memalukan terhadap seorang wanita?" ujarnya.

Sementara itu Yunika yang juga merupakan salah seorang pemimpin dalam sebuah parti politik di Indonesia mendakwa ada mendapatkan nasihat Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

“Kes ini mendapat perhatian Atase Nasional Polis Singapura, Joko Setiono. Pada awal kejadian, saya kecewa dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Tetapi saya menghubungi Syed Saddiq yang saya kenal beberapa lama dulu.

Yunika berkenalan dengan artis dikenali sebagai AA melalui Instagram.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Syed Saddiq kerana peranannya, insiden ini boleh sampai ke polis Singapura.

“Selepas kejadian itu, saya segera menghubungi beliau dan atas cadangannya saya diminta melaporkan kepada polis,” katanya.

Bercerita mengenai sejauh mana dia mengenali artis berkenaan, Yunika mendakwa mereka mula berkenalan kira-kira sebulan lalu dan mulai rapat sebelum Ramadan lalu melalui Instagram.

"Kami semakin kerap dan saling berhubung melalui Instagram sehingga akhirnya saya mengambil keputusan untuk bercuti ke Singapura.

"Sekaligus untuk berjumpa AA sehingga berlaku perististiwa saya dicuri pelakon itu," katanya. - haluankepri.com

Raja Yunika Putri, Aliff Aziz

Artikel Lain