Aliff Aziz 'throwback' gambar nikah, bagi 'hint' nak rujuk Bella Astillah... “InsyaAllah jika ada jodoh untuk kembali” - Hiburan | mStar

Aliff Aziz 'throwback' gambar nikah, bagi 'hint' nak rujuk Bella Astillah... “InsyaAllah jika ada jodoh untuk kembali”

SELEPAS sebulan Aliff Aziz hidup menduda, penyanyi dan pelakon itu mula membayangkan untuk kembali bersama bekas isteri, Bella Astillah.

Aliff menerusi posting di laman Instagram pada pagi Isnin mengimbau momen-momen indah bersama Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah.

Menerusi catatan Aliff bersama dua keping gambar selepas mereka diijabkabulkan tiga tahun lalu, dia seperti menyesali setiap perbuatannya sebelum ini dan menganggap ia dugaan berat dalam hidupnya.

“9 September 2016 merupakan hari paling bermakna dalam hidup apabila Allah mengurniakan saya seorang wanita yang cukup hebat untuk saya berkongsi hidup.

“Melalui suka duka bersama sepanjang kita berumah tangga, dia tetap berada di sisi saya. Andai kata saya mampu putarkan waktu, ada banyak perkara yang lebih baik akan saya lakukan.

Antara catatan dimuat naik Aliff Aziz.

“Tapi inilah contoh apabila kamu tidak bersyukur dengan nikmat yang diberiNya. Tiba masanya Dia tunjukkan apa yang telah kamu lakukan selama ini dan ketika itu baru kamu sedar kesilapan itu," tulisnya.

Selain itu, Aliff dilihat turut menyatakan berjanji untuk menjadi suami dan bapa terbaik andai diberi peluang untuk kembali bersama bekas isterinya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Foto mirip Aliff Aziz tersebar lagi, tak pakai baju dengan minah Tiktok

ARTIKEL BERKAITAN: Bella nekad teruskan kehidupan tanpa Aliff, katanya "mental dan fizikal saya terganggu"

“Kepada Bella Astillah, awak sentiasa memberikan yang terbaik buat saya sejak pertama kali kita bertemu. Awak sentiasa berada bersama saya sama ada susah atau senang. Saya doakan agar awak sentiasa dirahmati kerana kamu terlalu istimewa.

“Terima kasih kerana telah melahirkan anak kita yang cukup hebat, handsome dan cerdik, Ayden Adrean sebagai tanda cinta kita.

Bella nekad teruskan kehidupan bersama anak tanpa Aliff di sisi.

"Mungkin saya bukanlah yang terbaik untuk awak sebelum ini, tetapi InsyaAllah jika ada jodoh kita untuk kembali bersama, semoga dengan izinNya saya dapat tunjukkan yang saya mampu menjadi suami dan ayah yang terbaik," katanya.

Dalam pada itu, pelakon ini memberitahu dia ingin kembali ke pangkal jalan dan memperbaiki hubungannya dengan Allah.

“Ini adalah seruan untuk saya sedar betapa jauhnya saya tersasar dari jalanNya.

“Saya perlu memperbaiki hubungan saya dengan Allah kerana Dia adalah sebaik-baik perancang dan hanya Dia yang mampu mengubah hati saya. Saya harap awak sekeluarga selalu dirahmati dan dilindungi.

Aliff dan Bella mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016.

“Saya sedar posting ini akan menerima pelbagai andaian tetapi ini adalah luahan hati yang saya ingin kongsikan. Saya harap awak doakan saya seperti mana awak dan Ayden selalu ada dalam doa saya," katanya.

Untuk rekod, Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang anak, Mohamad Ayden Adrean yang kini berusia dua tahun.

Pelakon itu sebelum ini pernah beberapa kali kantoi curang sehingga Bella akhirnya nekad meneruskan kehidupan bersama anak mereka tanpa Aliff.

Pasangan itu akhirnya bercerai pada 15 Mei lalu.

Aliff Aziz , Bella Astillah

Klik

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Artikel Lain