Anak dihimpit gosip, “awal-awal dulu ibu bapa terkesan, tapi sekarang dah faham” - Mira Filzah - Hiburan | mStar

Anak dihimpit gosip, “awal-awal dulu ibu bapa terkesan, tapi sekarang dah faham” - Mira Filzah

Mira Filzah akui ibu dan bapanya terkesan dengan berita sama ada gosip atau kontroversi mengenainya. Foto Instagram: @mfmirafilzah

KONTROVERSI dan gosip-gosip liar yang dikaitkan dengan Mira Filzah sedikit sebanyak memberi kesan kepada kedua ibu bapa aktres itu.

Bagaimanapun menurut Mira, lama-kelamaan ibu bapanya iaitu Badioezaman Abdul Khalik, 53, dan Faizatul Akmar Hisan, 51, semakin memahami ragam dunia hiburan dan tidak cepat melatah jika menerima pelbagai maklumat berkaitan anak mereka.

"Sekarang ini ibu bapa saya semakin memahami mengenai industri, kalau awal-awal dulu mereka sedikit terkesan.

ARTIKEL BERKAITAN: Mira Filzah tak berasa rimas cuba ‘dijodohkan’ dengan Remy Ishak

"Iyalah, mereka pun bekerja dan kawan-kawan pun ada bertanya tapi sekarang mereka sudah mula faham mengenai rentak ini.

Mira bersama ibu dan bapa tersayang.

"Kalau ada apa-apa berita kurang pasti mereka akan tanya saya dulu, betul ke tidak? Okay ke tak?," katanya kepada mStar.

Sebelum ini nama aktres berusia 26 tahun ini pernah dikaitkan dengan beberapa selebriti lelaki antaranya Zizan Razak dan Remy Ishak.

Setelah hampir lima tahun bergelar anak seni, pelakon yang mula dikenali menerusi drama Cinta Si Wedding Planner itu berkata dia tidak kisah jika bergandingan dengan mana-mana pelakon, sama ada yang lama atau baharu.

Peminat suka gandingan Mira dan Remy Ishak.

Ujarnya, setiap pelakon mempunyai kelebihan masing-masing dan lebih banyak peluang diberikan akan membuatkan lakonan menjadi lebih matang.

"Saya tidak pernah meletakkan impian untuk berlakon dengan mana-mana pelakon. Saya tak kisah jika bergandingan dengan pelakon baharu atau lama.

"Yang baru pun akan jadi lama dan lakonan setiap pelakon akan jadi lebih baik selepas ada banyak pengalaman.

"Jika kita saling memberi dalam menjayakan watak, insyaAllah hasilnya akan menjadi yang terbaik," katanya.

Mira Filzah

Artikel Lain