suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Syukur dapat juga habiskan walaupun banyak drama,” - Sufian Suhaimi

SELEPAS menempuh pelbagai dugaan penyanyi Sufian Suhaimi akhirnya berjaya mengenggam Ijazah Sarjana Komunikasi Massa di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.

Sufian, 26, berkata, ijazah sarjana itu merupakan hadiah terbaik yang dapat diberikan kepada ibu bapanya.

“Lega dan puas bila lihat kedua-dua orang tua saya hadir pada hari konvokesyen ini dan ia adalah hadiah terbaik buat mereka.

“Walaupun perjalanan pengajian saya kali ini banyak drama dari satu tahun setengah jadi dua tahun setengah banyak pula dugaan yang berlaku, namun ia berbaloi,” ujarnya kepada mStar Online.

Sufian menghadiri upacara konvokesyen di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC) UiTM Shah Alam, pada Ahad.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Di Matamu ini berkata, dia belum bersedia untuk menyambung pengajian peringkat doktor falsafah (PhD) dalam masa terdekat.

“Saya dapat tawaran buat PhD dari universiti tempatan tapi saya rasa sekarang bukan masa yang sesuai.

“Banyak benda yang sudah berada dalam perancangan saya tapi tidak bermakna tidak akan sambung langsung. Insya-Allah jika sampai waktu sesuai,” ujarnya.

Sufian Suhaimi

Artikel Lain