Zamani dedah hasrat Saleem sertai Gegar Vaganza tidak kesampaian - Hiburan | mStar

Zamani dedah hasrat Saleem sertai Gegar Vaganza tidak kesampaian

Zamani dan Hattan menziarahi jenazah Allahyarham di HUKM.

KUALA LUMPUR: Hasrat Allahyarham Saleem (Iklim) untuk menyertai program realiti Gegar Vaganza tidak kesampaian.

Perkara itu didedahkan oleh rakannya, penyanyi Zamani Slam yang pernah bercakap mengenai perkara itu dengan Saleem beberapa tahun lalu.

"Kami ada berbual dan bergurau untuk masuk Gegar Vaganza beberapa tahun lalu sewaktu dia sihat.

"Saya amat terkilan kerana tidak dapat bertemu dengan dia dalam keadaan sedar. Saya ada melawatnya selepas kemalangan namun dia tidak boleh bercakap.

"Allahyarham memang senang untuk memberikan kerjasama terutama ketika di studio rakaman. Suaranya memang tiada ganti," katanya kepada mStar Online.

ARTIKEL BERKAITAN: Saleem Iklim meninggal dunia selepas sebulan kemalangan

ARTIKEL BERKAITAN: Saleem cedera kemalangan, motosikalnya dilanggar kereta dari arah belakang


Saleem meninggal dunia pagi Ahad.

Zamani ditemui ketika menziarahi jenazah Allahyarham Saleem di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Saleem atau nama sebenarnya, A.M Salim Abdul Majeed menghembuskan nafas terakhir di HUKM pada pagi Ahad.

Penyanyi berusia 57 itu terbabit dalam kemalangan jalan raya pada 21 September lalu.

Kemalangan tersebut mengakibatkan tulang rusuknya patah dan dia berada dalam keadaan koma.

Sementara itu, penyanyi Datuk Hattan memberitahu beliau pernah merakamkan sebuah lagu bersama Saleem namun tidak berpeluang untuk dilancarkan.

Ujarnya, kali terakhir mereka berkongsi pentas yang sama semasa menjayakan sebuah konsert jelajah di Sabah penghujung tahun lalu.

"Kami berdua ada merakam sebuah lagu. Tetapi ia tidak pernah dilancarkan.

"Kali terakhir saya berjumpa Allahyarham adalah pada bulan Disember lalu ketika sama-sama menjayakan konsert jelajah di Sabah.

"Saya agak ralat kerana sepatutnya saya dan isteri melawatnya dua minggu lalu namun dibatalkan saat akhir kerana perlu pulang ke kampung," katanya.

Jenazah akan dibawa ke Surau As-Syakirin, Bandar Mahkota Cheras dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Cheras Perdana selepas Zohor.

Zamani , Saleem

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

Artikel Lain