suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Faizal Tahir kongsi MV ‘Ragaman’ tak jadi

Faizal Tahir.

PENYANYI Faizal Tahir berkongsi sebuah klip video yang merupakan muzik video asal lagu terbaharunya berjudul Ragaman yang tidak diguna.

Video yang menampilkan Faizal menari bersama empat orang penari termasuk penyanyi Aziz Harun mendapat perhatian netizen.

"Idea asal muzik video Ragaman. Nasib baik tak jadi pakai," ujarnya pada kapsyen.

Rata-rata netizen terhibur dengan muzik video berkenaan dan meminta Faizal memuat naik versi penuh.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak cedok idea artis luar, Faizal Tahir padam foto hanya gimik

Mereka juga menganggap video berkenaan mempunyai keunikan tersendiri.

Video yang dimuat naik pada Selasa itu menerima hampir 200,000 tontonan di Instagram.

Sementara itu, muzik video rasmi lagu Ragaman yang dimuat naik 27 Ogos lalu kini sudah mencecah lebih 2 juta tontonan dan menjadi trending di YouTube Malaysia.

Video muzik rasmi arahan Azhar Ismail ini turut menampilkan pelakon wanita popular, Nabila Huda Suhaimi.

Ragaman boleh didapati di semua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music.

Faizal Tahir

Artikel Lain