“Muka dah la tak cantik, perangai buruk pula” - Intan Najuwa

Awas! Amaran Intan Najuwa untuk perempuan perampas. Foto Instagram: @intannajuwa

PELAKON Intan Najuwa berkongsi pengalamannya ketika berdepan dengan perempuan yang melakukan cubaan untuk merosakkan hubungan pasangan lain.

Intan atau nama sebenar Intan Najuwa Abdul Wahid, 21, meminta wanita yang pernah menjadi mangsa golongan tersebut supaya tidak berasa kecil diri dan terasing.

"Jangan rasa bersaing, anggap mereka tu bawah tapak kaki kita je, perempuan macam tu memang desperate, main layan semua lelaki.

"Saya serius tak tahu kenapa terdesak sangat, perempuan macam ni tak perlu dilayan.

Intan berkongsi mengenai perempuan kaki rampas di Instagram miliknya.

"Daripada pengalaman saya, apa yang terjadi depan mata, perempuan itu dah lah muka tak cantik, lepas itu perangai buruk pula tu," tulisnya.

Pelakon drama Kekasih Paksa Rela ini menjawab pertanyaan seorang pengikut di laman Instastory yang meminta pandangannya mengenai golongan wanita yang suka mendekati kekasih orang.

Menerusi perkongsian yang lain pula, Intan turut memberi amaran kepada golongan 'kaki perampas' supaya menyedari tindakan mereka itu salah.

Intan bersama teman lelakinya.

Malah, dia berasakan apa yang dilakukan oleh golongan berkenaan tidak membawa sebarang kebaikan dan hanya membodohkan diri semata-mata.

"Kau dah tahu lelaki tu boyfriend orang kenapa kau try hard nak melayan? Macam ni lah, lelaki memang tak cukup seorang, tapi balik-balik nanti cari ketiak isteri atau girlfriend dia.

"Kau tu hanya perempuan yang diperbodohkan oleh lelaki untuk pemuas nafsu, sebab tu aku ketawa tengok perempuan-perempuan macam ini.

"Lepas itu dah kantoi, jangan pula kau meroyan serang bini atau girlfriend orang tu, sebab pusing-pusing kau yang salah sebab kacau orang punya," luahnya.

Intan Najuwa

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Artikel Lain