suria

Hampir 70,000 jadi pengikut anak Sharnaaz

Pasangan Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila menyambut kehadiran anak lelaki sulung mereka pada 30 Ogos lalu. Foto Instagram @jebatjayden & @sharnaazahmad

BAHARU seminggu dilahirkan, bayi lelaki pasangan Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila iaitu Jebat Jayden sudah pun menjadi perhatian di laman sosial Instagram.

Mana tidaknya, akaun Instagram menggunakan nama @jebatjayden yang dibuka dua hari lalu sudah pun mendapat hampir 70,000 pengikut ketika artikel ini disiarkan.

Setakat ini, sebanyak sembilan keping foto comel Jebat dikongsi menerusi akaun tersebut.

Rata-rata pengikut Instagram itu memuji kecomelan anak pasangan itu selain mendoakan agar Jebat menjadi seorang anak yang soleh.

Instagram milik anak Sharnaaz Ahmad dan Nabila sudah mempunyai hampir 70,000 pengikut sehingga Jumaat.

Nabila selamat bersalin kira-kira pukul 9.01 pagi pada 30 Ogos lalu di sebuah pusat perubatan di ibu negara.

Lebih manis lagi, aktor drama Cinta Bukan Kristal ini berkongsi tarikh lahir yang sama dengan anak sulungnya itu.

Sharnaaz dan Nabila bernikah pada 31 Mac tahun lalu di sebuah hotel di Petaling Jaya.

Jebat Jayden, Sharnaaz Ahmad

Artikel Lain