suria

Filem-filem ‘Boxoffice’ dijangka meriahkan FFM30 Disember depan

Fauzi Ayob menjangkkan FFM30 akan lebih meriah apabila banyak filem tempatan mencecah kutipan 'boxoffice'.

AMPANG: Festival Filem Malaysia ke 30 (FFM30) yang akan disambut pada 8 Disember depan dijangka lebih meriah dengan penyertaan banyak filem boxoffice.

Ketua Pengarah, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) Datuk Fauzi Ayob berkata, 2018 menyaksikan satu titiik permulaan kebangkitan filem Melayu apabila kutipannya agak luar biasa.

Katanya, mengejutkan apabila filem Hantu Kak Limah berjaya memperoleh hampir RM40 juta melepasi kutipan tertinggi tahun lalu menerusi Abang Long Fadhil 2 (RM18.1 juta).

“Kita tak sangka HKL mendapat kutipan luar biasa dan ketika ini pula Munafik 2 menunjukkan peninglatan sekali gus ia mengangkat perkembangan industri filem kita,” katanya.

Tengku Khalidah Tengku Bidin berkongsi pandangan dengan Fauzi Ayob

Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat anggota jawatankuasa baharu, Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) di pejabatnya di sini, Jumaat.

Turut hadir Presiden WHAM Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin dan beberapa anggota jawatan kuasa lain.

Tambah Fauzi sehingga Jun lalu, bilangan penonton yang menyaksikan filem tempatan mencatatkan jumlah 31.12 juta orang dan ia terus menunjukan peningaktan bagi suku ketiga tahun ini.

Mengenai pengajuran FFM30 yang sepatutnya diadakan pada September ini Fauzi berkata, ia terpaksa ditunda kepada Disember depan kerana peralihan kerajaan.

Fauzi Ayob (lima dari kanan) bergambar dengan anggota jawatankuasa WHAM di pejabatnya di Finas pada Jumaat. Turut kelihatan Pengarah FFM30, Khalid Moulod (enam dari kanan) dan Ketua Penolong Pengarah, Unit Komunikasi Korporat Finas, Syimir Alfi (kiri).

FFM30 bakal diadkan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Katanya sekitar 40 buah filem bakal menyertai fertival kali ini dan penyertaannya dibuka bagi karya yang ditayangkan penghunjung Ogos 2017 sehingga akhir 2018.

“Sempena FFM yang masuk usia 3 dekad ini saya menggesa semua pihak dapat meraikannya bersama-sama sebagai tanda sokongan atas pencapaian industri perfilem pada tahun ini,” katanya.

Anatra kelainan yang akan diakan pada FFM30 nanti kata Fauzi ialah penglibatan artis antarabangsa yang akan membuat persembahan selain beberapa aktiviti berkaitan kesenian yang akan dilaksanakan.

Finas, Fauzi Ayub

Artikel Sebelum

Artikel Lain