suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rumah ibu bapa pemuzik AG Coco musnah dalam kebakaran

KEDIAMAN keluarga pemuzik AG Coco yang terletak di Kedah musnah dalam kebakaran pada awal pagi Jumaat.

Rakan baik AG iaitu Noh Hujan menerusi Instastory memberitahu kejadian berlaku kira-kira pukul 5 pagi dan keadaan rumah tersebut hangus terbakar.

Noh yang kini berada di Syria bersama isteri, Mizz Nina dalam misi bantuan kemanusian turut memaklumkan kedua ibu-bapa AG yang tinggal di rumah tersebut berada dalam keadaan selamat.

"Malam tadi... Pukul 5 pagi lebih kurang, rumah AG di Kedah telah habis dijilat api.

"Alhamdulillah ibu bapa AG selamat... Masa terbakar mereka sempat selamatkan diri," katanya.

Dalam pada itu, Noh meminta semua mendoakan rakan baiknya itu agar dipermudahkan urusan dan merancang untuk membantu apabila pulang ke tanah air kelak.

AG Coco

Artikel Lain