suria

Remaja 18 tahun ajak kahwin, dia tak tahu Fasha dah ada Aidil Aziz

Fasha Sandha kini sedang berkawan rapat dengan aktor Aidil Aziz.

PELAKON Fasha Sandha pada Jumaat berkongsi komen seorang pengikutnya yang secara terbuka meluahkan hasrat untuk menjadikan dia sebagai isteri.

Tidak mengambil serius mengenai komen itu, Fasha sebaliknya berterima kasih kepada remaja berusia 18 tahun itu kerana mempunyai keinginan untuk berkahwin dengannya.

"Pagi-pagi Jumaat budak 18 tahun dah ajak saya kahwin... Haih.

"Apa pun terima kasih sebab ada keinginan nak kahwin dengan kakak yang dah tak berapa muda ni dik oiii," tulisnya di Instagram.

Fasha membalas komen seorang remaja yang meluahkan hasrat untuk berkahwin dengannya.

Dalam pada itu, Fasha yang membalas komen remaja itu menasihati agar dia belajar terlebih dahulu dan membantu keluarga sebelum berfikir tentang perkahwinan.

"Adik... baru 18, jangan la ajak kakak kahwin. Belajar dulu OK. Tolong keluarga awak dahulu," katanya.

Fasha kini sedang berkawan rapat dengan aktor Aidil Aziz dan pelakon itu memberitahu mereka sudah bertemu keluarga kedua-dua belah pihak.

Aktres itu memberitahu mereka berkawan baik sejak Aidil, 31, bergandingan dengannya untuk sitkom Mamu Mami Gosip pada awal tahun ini.

Fasha Sandha

Artikel Lain