suria

Issey tak buat salah, tinggal cara baik

Issey ceriakan segmen pagi Team Pagi Suria.

PENYAMPAI baharu Team Pagi Suria iaitu Issey Fazlisham memberitahu keputusannya untuk tamatkan kontrak lebih awal dengan stesen radio Hot FM dilakukan secara baik.

Issey, 31, berkata, dia tidak melakukan apa-apa kesalahan dan masih mempunyai hubungan baik dengan stesen radio tersebut.

"Saya pilih untuk tamatkan kontrak lebih awal dengan stesen radio sebelum ini dan ketika itu saya fikir untuk memberi komitmen kepada kerjaya seni.

"Dalam pada tempoh itu saya terima tawaran daripada Suria FM dan masa siaran yang sangat sesuai iaitu sebelah pagi, jadi saya ada masa banyak untuk melakukan kerja lain sebelah petang," ujarnya kepada mStar Online.


Fizi, Shahrol dan Issey wajah baharu Team Pagi Suria

Issey bergandingan dengan Shahrol (Shiro) dan Fizi Ali yang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat pukul 6 hingga 10 pagi.

Dalam pada itu, Issey berkata, dia juga ingin memberi perhatian terhadap perniagaan makanannya iaitu JMT Kafe yang terletak di Segambut.

"Bagi saya penghijrahan itu adalah sesuatu yang baik, kita tidak boleh terlalu selesa dengan sesuatu tempat. Selepas ini saya akan lebih mencari ruang dan peluang dalam dunia seni.

"Insya-Allah selepas ini lebih banyak masa untuk fokus kepada bidang lain termasuk perniagaan saya," ujarnya.

Dalam pada itu, ditanya tentang kolaborasi bersama Fizi dan Shahrol, Issey berkata, dia akan cuba  memberi yang terbaik dan mencari keserasian dalam menarik lebih ramai pendengar.

Dalam pada itu Sharifah Shahira yang sebelum ini bergandingan pada segmen pagi kini bersama Suraya dan Tyzo pada segmen Suria Petang.

Issey Suria Fm

Artikel Lain