suria

Kaki terseliuh tak halang Faye Kusairi bergelar juara

Kaki Faye terseliuh ketika menyertai perlawanan badminton pada malam Sabtu.

PELAKON Faye Kusairi mengalami kecederaan apabila kaki kanannya terseliuh ketika menyertai Pertandingan Amal Badminton dan Malam Gala pada Sabtu.

Bagaimanapun, di sebalik kecederaan dialaminya, Faye tetap berjaya memenangi kategori regu wanita bersama pelakon Shakilla Khoriri pada pertandingan berkenaan.

"Alhamdulillah... kami dinobatkan sebagai juara bergu wanita dalam Grand Asian Celebrity Charity Badminton Tournament 2018 tadi.

"Bukanlah perlawanan yang mudah buat kami dengan saya kaki kanan terseliuh dalam pusingan semi finals," ujarnya.

Pelakon berkenaan turut berkongsi video kejadian yang sempat dirakam oleh pihak media yang berada di lokasi itu.

Kaki kanan Faye bengkak.

Dalam pada itu, Faye mengakui keadaan kesihatannya yang kurang 100 hari selepas bersalin anak pertama itu mendedahkan dirinya kepada risiko kecederaan.

"Kejadian terseliuh sempat dirakam oleh pihak media tadi. 

"Tapi normal lah, bila tak fit nak feeling jumping smash.. padahal tak sampai pun 100 hari selepas lahirkan Alif," ujarnya.

Sementara itu, Faye berkata, dia berpuas hati apabila penat lelah dan kesakitan itu sedikit sebanyak dapat membantu kanak-kanak istimewa menerusi aktiviti amal tersebut.

Pertandingan Amal Badminton dan Malam Gala bagi mengumpul dana untuk disumbangkan kepada Persatuan Kanak-Kanak Spastik Selangor dan Wilayah Persekutuan disambut baik rakan artis negara ini.

Seramai 50 artis hadir memeriahkan pertandingan yang dianjurkan dengan kerjasama Pertubuhan Legasi Tun Abdullah Ahmad Badawi (Legasi) dan Yayasan Kebajikan Artis Malaysia (YKAT).

Faye Kusairi

Artikel Lain