Nak Komen Tu Boleh, Jangan Kurang Adab Pesan Fathia - Hiburan | mStar

Nak Komen Tu Boleh, Jangan Kurang Adab Pesan Fathia

Fathia kecewa dengan cara netizen menegurnya. Foto: The Star

PELAKON kontroversi, Fathia Latiff berharap netizen yang menegurnya di laman sosial menjaga bahasa dan tutur kata ketika meninggalkan komen masing-masing.

Fathia berkata, dia terbuka menerima sebarang bentuk teguran, namun kecewa dengan sikap sesetengah mereka yang menggunakan bahasa kurang beradab.

"Saya tak ada masalah kalau orang nak tegur, tapi jagalah bahasa tu, jangan sampai guna perkataan lucah dan sebagainya.

"Saya pun manusia biasa, ada perasaan dan hati, mungkin tegur cara kasar begitu normal bagi mereka tapi tidak pada saya.

ARTIKEL BERKAITAN: Fathia Latiff Mengaku Buat Silap, Mohon Padam Video Tarian Di Bigo

Fathia merupakan selebriti yang aktif di laman sosial.

"Tak ada masalah pun kalau cakap elok-elok. Keluarga, teman-teman dan rakan artis senior pun tegur saya dengan penuh kelembutan," katanya kepada mStar Online.

Sementara itu, aktres berusia 30 tahun ini mengakui dia ambil peduli dengan setiap komen yang ditinggalkan netizen di laman sosial.

Malah, teguran yang dilemparkan mereka itu sedikit sebanyak membuatkan dirinya menjadi insan yang lebih baik.

"Saya ambil peduli semua komen masyarakat dan jadikan itu sebagai panduan untuk menjadi individu lebih berguna.

Fatiya minta netizen menegur cara lebih beradab.

"Cumanya cara teguran tu tolonglah lebih beradab. Sedangkan Nabi Muhammad SAW pun menegur dengan cara yang begitu lembut dan berhemah.

"Belajar cara nak tegur orang dulu, kalau nak tegur cara kasar, lebih baik tak payah. Tengok diri sendiri dahulu sebab kita manusia tak ada yang sempurna," ujarnya.

Dalam perkembangan yang lain, Fathia bakal muncul dengan lagu baharu dan bakal memulakan penggambaran untuk drama tidak lama lagi.

Sebelum ini nama Fathia hangat dalam kalangan netizen apabila pernah dikaitkan dengan beberapa kontroversi di laman sosial.

Fathia Latiff

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain