suria

Angka Tahun 2020 Dalam Diri Risteena

Risteena tak mahu tergesa-gesa menamatkan zaman bujang. Foto: MUHAMAD SHAHRIL ROSLI / The Star

PELAKON Nur Risteena Munim memberitahu dia menyukai angka 2020 dan memasang impian untuk menamatkan zaman bujang pada tahun itu.

Bagaimanapun, Risteena berkata, itu hanyalah perancangannya sahaja kerana sehingga kini dia masih belum menemui lelaki yang sesuai untuk dijadikan calon suami.

"Memang ramai yang tanya bila saya nak kahwin, maklumlah usia pun dah semakin meningkat. Tapi sejujurnya saya pun masih tak tahu bila saya akan tamatkan zaman bujang.

"Cumanya saya suka dengan angka 2020 tu, macam cantik je kalau kahwin, tapi ia bukan bermaksud saya mesti kahwin tahun itu tau," katanya kepada mStar Online.

Risteena masih belum temui calon suami.

Risteena ditemui semasa tayangan perdana filem Hantu Wangan yang diadakan di MM Cineplex, eCurve pada Rabu.

Dalam pada itu, aktres berusia 29 tahun ini mengakui ada memasang niat untuk mendirikan rumah tangga, namun tidak mahu tergesa-gesa memikirkan tentang hal tersebut.

Ujarnya, perkahwinan itu merupakan satu amanah dan dia tidak mahu tersalah memilih pasangan sehingga menimbulkan masalah dikemudian hari.

"Siapa yang tak nak kahwin kan? Tapi soal kahwin ini saya tak nak tergesa-gesa hanya kerana tengok orang lain dah kahwin dan saya tak mahu memilih orang yang salah.

Pelakon utama filem Hantu Wangan, Achey, Risteena dan Cat Farish.

"Biarlah cinta itu datang daripada hati dan bila saya dah bersedia barulah kita merancang ke arah itu, perkahwinan ini bukan benda main-main.

"Apa yang boleh saya kata, buat masa ini saya hanya berkawan dengan semua orang, bila benda dah betul-betul jadi barulah saya umumkan tentang perkahwinan," katanya.

Filem Hantu Wangan arahan pengarah Ahmad Idham ini turut dibintangi oleh Achey, Cat Farish, Suffian Shafri, Ruminah Sidek dan Nor Albaniah ditayangkan dipawagam bermula 22 Mac ini.

Risteena Munim

Artikel Lain