suria

Ney Ney, Bayi Nora & Nedim Lahir Sihat

Nora Danish dan suami timang bayi lelaki pada Khamis. Foto Instagram @noradanish & @bettyrahmad

PELAKON Nora Danish selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah hospital swasta di ibu negara pada pagi Khamis.

Perkara itu disahkan oleh suaminya, Nedim Aziz menerusi video di InstaStory, Instagram miliknya.

Nedim turut memaklumkan Nora dan bayi mereka yang digelar Ney Ney berada dalam keadaan baik.

"Syukur Alhamdulillah isteri saya selamat melahirkan bayi lelaki. Kami akan tunjukkan wajah Ney Ney tidak lama lagi dan terima kasih atas doa anda semua," katanya.

Bayi berkenaan dilahirkan seberat 3 kilogram secara pembedahan.

Dalam posting terbaharu Nora berkongsi nama anaknya ialah Mohamed Neqayl Nedim.

Inilah Ney Ney... comelnya. Foto: Instagram Nedim Nazri

Sebelum itu, rakan baik Nora, 37, iaitu pelakon Betty Rahmad sempat berkongsi berita gembira itu di InstaStory miliknya yang memperlihatkan Nora berada di dalam bilik bersalin dan Nedim sedang memangku bayi mereka.

Bagaimanapun Betty memadam video berkenaan dan menerusi video InstaStory yang lain, Betty merakam Nora yang ditolak keluar daripada bilik bersalin untuk ke wad.

Pasangan itu berkahwin pada 30 Mac 2017 dan ia adalah perkahwinan kedua buat mereka.

Nora sebelum ini pernah berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli dan mereka mempunyai seorang anak iaitu Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram yang berusia 9 tahun.

Mereka bercerai pada 10 Julai 2008 selepas dua tahun berkahwin.

Nedim juga seorang duda anak satu selepas bercerai pada tahun 2013. Dalam perkahwinan pertama itu Nedim turut mendapat anak lelaki.

Nedim Nazri, Nora Danish

Artikel Lain