suria

Aqasha Bawa 'Bodyguard'

Aqasha

PENYANYI Aqasha menjelaskan empat orang lelaki yang mengiringinya sepanjang berada di acara Gegar Vaganza musim keempat malam Ahad lalu ialah pekerja pengurusannya iaitu The A Team.

Aqasha atau Firdee Akassya Rosli, 34, berkata, dia meminta pekerja itu berpenampilan seperti pengawal peribadi agar nampak lebih bergaya.

"Mereka bukan pengawal peribadi tapi pihak pengurusan yang menjaga saya sepanjang program ini. Bukan apa, saya rasa lebih mudah untuk bergerak dan berjumpa peminat.

"Berkaitan penampilan pula, saya minta mereka untuk lebih bergaya jika mahu mengikut saya, tapi tidak sangka nampak macam bodyguard pula. Tapi tidak mengapa saya suka, style itu yang penting baru la nampak aura bintang," ujarnya kepada mStar Online.

Aqasha semakin selesa.

Aqasha ditanya mengenai beberapa lelaki yang lengkap berpakaian suit dan jaket berserta telefon telinga dan walkie-talkie.

Sementara itu, pelakon filem Embun ini berkata, dia mempunyai sepuluh orang pekerja yang menguruskan perjalanan kerjayanya sepanjang program GV4 berlangsung.

Dalam pada itu Aqasha turut menyediakan truck makanan untuk peminat yang menunggu di luar.

"Alhamduillah, dengan bantuan The A Team juga saya boleh menyediakan makanan untuk peminat yang tunggu di luar dewan," ujarnya.

Selain itu, bercerita tentang program berkenaan, Aqasha yang menyampaikan lagu berjudul Aku nyanyian asal Datuk Jamal Abdilah mengakui selesa berada pada minggu kedua program berkenaan.

Bagaimanapun, penyanyi ini mengakui bimbang dengan lontaran suara dan janggal menggunakan alat pendengaran ketika menyanyi di atas pentas.

"Saya bimbang dengan lontaran suara saya dan menyanyi di pentas besar seperti ini. Jumlah penonton yang agrasif juga kadang-kala membuatkan saya risau," ujarnya.

Aqasha, Gegar Vaganza 4

Artikel Sebelum

Artikel Lain