suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penyampai Radio Nadira Azizan Meninggal Dunia

Nadira Azizan kini bertugas di Saluran THR. FOTO: Instagram Nadira.

PETALING JAYA: Pengurus Kandungan THR Gegar, Nadira Azizan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat denggi kira-kira pukul 7.10 pagi Ahad.

Berita itu disahkan oleh suaminya Hasrulrizal Hassan kepada mStar Online.

Nadira atau nama sebenarnya Khidirah Naimah Mohd Zain, 41, dimasukkan ke hospital berkenaan kira-kira pukul 3 pagi Isnin lalu selepas mengalami demam ketika berada di Kota Bharu, Kelantan sewaktu mengadakan promosi saluran radio itu.

Sebaik pulang ke Kuala Lumpur pada malam Ahad, dia terus dibawa oleh Hasrulrizal ke KPJ Kajang untuk mendapatkan rawatan sebelum dirujuk ke HKL dan di tempatkan di wad ICU.

Gambar kenangan Nadira bersama suaminya, Hasrul Rizal. Foto: Instagram Nadira

Nadira antara individu awal di Era FM dan sering menjadi penyampai radio ganti ketika juruhebah lain bercuti.

Pada tahun 2008 dia dipindahkan ke THR Gegar sebagai Eksekutif Muzik sebelum dinaikkan pangkat sebagai Pengurus Kandungan untuk pendengar siaran radio Pantai Timur itu.

Nadira seorang penyampai radio yang disenangi ramai kerana sikap ramah dan tinggi budi bahasanya.

Menurut Hasrulrizal, jenazah dijadual akan disembahyangkan di masjid Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang dekat sini dan dikebumikan tanah perkuburan Islam di situ.

Selain suami, Allahyarham meninggalkan lima orang anak.

Nadira Azizan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain