suria

Zara Zya Masuk Hospital Akibat Kasut Tumit Tinggi

Zara Zya terpaksa dikejarkan ke hospital pada Rabu selepas bahagian tulang belakangnya sakit sehingga menyukarkannya berjalan. Foto Instagram @zarazya

BAHARU sahaja menjalani pembedahan membuang ketumbuhan kelenjar di bahagian tepi pipinya sekitar Julai lalu, pelakon Zara Zya masuk hospital lagi!

Zara, 32, menerusi Instagram miliknya memberitahu kaki dan bahagian tulang belakangnya tiba-tiba berasa sakit sehingga menyebabkan dia sukar untuk berjalan.

Kata Zara, dia berasa panik dengan keadaan itu kerana dia tidak boleh berjalan sehingga terpaksa membatalkan hasratnya untuk ke lokasi penggambaran bagi mendapatkan rawatan di hospital.

"Kejadian semalam... Bila terjaga waktu pagi, kaki dengan tulang belakang saya sakit sangat. Tak boleh jalan.

“Penyakit Ini Boleh Jadi Kanser” - Zara Zya

Zara Zya sudah kembali pulih.

"Hasrat nak pergi shooting tergendala. Gementar masa tu Allah je tahu," tulisnya.

Dalam pada itu, Zara mendedahkan keadaan itu berlaku disebabkan tabiatnya yang gemar memakai kasut bertumit tinggi setiap masa.

"Sebabnya ialah hari-hari pakai kasut tumit tinggi, shooting pakai, masa jalan-jalan pakai.

"Nahhh Allah tarik nikmat untuk seketika. Sekarang ini saya nak ingatkan semua para gadis, para wanita tolonglah kurangkan pakai kasut bertumit tinggi," katanya.

Sementara itu, Zara berkata keadaannya kini sudah pun beransur pulih dan telah dibenarkan keluar dari hospital.

Sebelum ini Zara menjalani pembedahan yang memakan masa selama tiga kami ekoran ketumbuhan pada bahagian tepi pipinya yang boleh menyebabkan kanser.

Zara Zya

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain