suria

19 Drama Bakal Rebut Trofi Drama Terbaik ASK2017

Inilah hos Anugerah Skrin 2017 iaitu Fahrin Ahmad (dari kiri), Jihan Muse dan Shuk Balas. Foto LOW LAY PHON

KUALA LUMPUR: Sebanyak 19 drama bakal dinilai sebagai Drama Terbaik di Anugerah Skrin 2017 (ASK 2017) yang bakal berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 3 November depan. 

Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Johan Ishak berkata, pencalonan tersebut bukan sahaja terbitan TV3, malah beberapa stesen televisyen tempatan iaitu RTM, HyppTV dan Bernama TV. 

"Tahun ini ASK2017 mengetengahkan tema ‘Mencipta Fenomena’ sebagai satu usaha memartabatkan setiap pengorbanan yang dilakukan oleh penggiat seni tidak kira di hadapan atau di belakang tabir. 

"Kami berterima kasih kepada RTM, HyppTv dan Bernama yang menyokong anugerah ini dengan menghantar pencalonan," ujarnya. 

Beliau berkata demikian pada pelancaran ASK2017, di Hotel Marriot, di sini, Selasa.

Barisan artis dan mereka yang terlibat dalam ASK2017 yang akan berlangsung pada 3 November depan.

19 drama berkenaan ialah Dalam Kasut, Hayat, Mak Tak Bagi Balik, Trauma, Terima Kasih Ramadhan, Yang Terakhir Untukku, Kapcai Ayah, Petanda dan Saling. 

Selain itu, Mengharap Sebuah Keredhaan, Stesen Serondeng Sampan, Seringgit, Kapur Kuning Buat Puteh, Kembali Kepada Fitrah, Pesan Dari Tuhan, Ibuku Syurgaku, Tetamu Allah, Cinta Khodi dan Menantu Metarial. 

Manakala, 10 buah drama dalam kategori Drama Rantaian Terbaik yang dicalonkan ialah Andainya Takdir, 7 Hari Mencintaiku, Amsyar, My Sweet Lavender dan Seharum Mawar. 

Ia termasuklan Pergilah Air Mata, Disebalik Wajah, Syurga Tak Sempurna, Cinta FB dan Mr Stalker Saya Cinta Awak.


Pemilihan semua pencalonan adalah berdasarkan drama yang telah disiarkan dalam tempoh 1 Julai 2016 hingga 30 Jun 2017.

Majlis tersebut turut mengumumkan pelakon Fahrin Ahmad, pelawak Jihan Muse dan Shuk Balas sebagai pengacara untuk malam kemuncak ASK2017. 

Dalam pada itu, ASK2017 kali ini turut menganjurkan Majlis Prelude ASK2017 berlangsung pada pukul 5 petang pada hari yang sama.

Majlis itu akan mengumumkan 13 anugerah awal iaitu Videografi Drama Terbaik, Penyunting Drama Terbaik, Drama Rantaian Popular, Rancangan Dokumentari  Terbaik dan Rancangan Bual Bicara Terbaik. 

Selain itu, Rancangan Hiburan Terbaik, Laporan Khas Berita Terbaik, Videografi Filem Terbaik, Suntingan Filem Terbaik, Penataan Cahaya Terbaik Rancangan Siaran Langsung, Penantaan Bunyi Terbaik Rancangan Siaran Langsung, Rela Bentuk Set Terbaik dan Montaj Terbaik. 

Berikut ialah senarai kategori yang dipertandingkan pada malam kemuncak ASK2017. 

1. Drama Terbaik

2. Pengarah Terbaik Drama

3. Lakon TV Terbaik

4. Pelakon Lelaki Terbaik Drama

5. Pelakon Wanita Terbaik Drama

6. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama

7. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama

8. Drama Rantaian Terbaik

9. Pelakon Komedi Terbaik

10. Drama Komedi Terbaik

11. Rancangan Majalah Terbaik

12. Rancangan Realiti Terbaik

13. Rancangan Anugerah Terbaik

14. Filem Terbaik

15. Lakon Layar Terbaik

16. Pengarah Terbaik Filem

17. Pelakon Wanita Terbaik Filem

18. Pelakon Lelaki Terbaik Filem

19. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem​​

20. Pelakon Pembantu WanitaTerbaik Filem

Anugerah Skrin, ASK2017

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain