suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Temui Haiza, Aliff Aziz, Ismail Izzani, Aepul & Naja Bollywood Sabtu Ini

Ayuh kita 'serbu' Kompleks Sogo Sabtu ini untuk menyaksikan Ismail Izzani, Aliff Aziz, Haiza, Naja Bollywood dan Aepul (Drama Band).

PETALING JAYA: Satu hiburan istimewa akan dibawakan oleh mStar secara percuma sempena Konvensyen Hartanah di kompleks Sogo, Kuala Lumpur pada Sabtu ini bermula pukul 12.30 tengah hari. 

Jika anda peminat aksi dangdut Haiza, jangan melepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan hebatnya yang akan turut bergandingan bersama Aepul (Drama Band). 

Selain Haiza, peminat juga akan dapat menyaksikan kelunakan suara lagu Hindustan yang bakal dipersembahkan oleh Naja Bollywood.

Naja Bollywood.

Bagi remaja yang menggilai Ismail Izzani, penyanyi lagu Sabar  ini juga akan membuat kemunculan istimewanya untuk menghiburkan peminat. 

Tidak melepaskan peluang penyanyi Aliff Aziz akan turut bersama-sama dalam acara ini. 

Bagi mereka yang tidak dapat menyertai persembahan artis ini, pihak mStar akan mengadakan Facebook (FB) live pada hari berkenaan bermula pukul 2 petang. 

FB live ini akan menyiarkan persembahan artis dan juga temubual bersama mereka. 

Dalam pada itu kepada yang berhajat membeli rumah dan mendapatkan tip mengenai hartanah, anda turut dijemput ke acara percuma ini.

Peminat hartanah, sila daftarkan diri terlebih dahulu menerusi pautan berikut: http://mstar.com.my/hartanah/

Artikel Sebelum

Artikel Lain