suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ummi Nazeera Umum Nikah Doktor 3 Ogos Depan

Ummi Nazeera bersama tunangnya Dr Izzar.

PETALING JAYA: Pelakon Ummi Nazeera mengumumkan bakal diijabkabulkan dengan pasangannya iaitu Dr Izzar pada 3 Ogos depan.

Ummi, 27, membuat pengumuman itu secaran langsung menerusi Facebook miliknya berkata, majlis berkenaan akan diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak sahaja.

"InsyaAllah dengan izin Allah, majlis ijab dan kabul kami akan diadakan pada 3 Ogos 2017 bersamaan 10 hb Zulkaedah 1438 Hijriah.

"Doakan semua urusan saya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan ilahi," ujarnya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Ummi berkata, majlis resepsi sebelah perempuan akan diadakan sebanyak dua kali iaitu pada 5 Ogos di Hotel Shangri-La, dekat sini.

Manakala, bagi majlis resepsi kedua akan diadakan pada 12 Ogos depan.

Tambah Ummi atau Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abidin, kad jemputan akan mula diedarkan pada Jun depan.

"Kelaurga dan kawan-kawan saya ramai, jadi saya akan buat dua majlis agar semua sahabat-sahabat kami dapat datang sama-sama meraikan hari bahagia kami," ujarnya.

Terdahulu, Ummi mengikat tali pertunangan dengan individu yang hanya mahu dikenali sebagai Dr Izzar, 30, pada 11 Disember tahun lalu selepas diperkenalkan oleh keluarga masing-masing.

Ummi Nazeera

Artikel Lain