"Jangan Kasihankan Saya" - Radin Ulas Hubungan Ayda Jebat & Redza Rosli - Hiburan | mStar

"Jangan Kasihankan Saya" - Radin Ulas Hubungan Ayda Jebat & Redza Rosli

Radin mendoakan kebahagian Ayda Jebat termasuk mengenai soal jodoh. -foto Instagram @radin_era

PETALING JAYA: Penyampai Radio Era FM, Radin memberitahu dia tidak patah hati apabila Ayda Jebat kini dikatakan sedang rapat dengan aktor Redza Rosli.

Malah Radin, 27, berkata, sebagai kawan dia sentiasa mendoakan kebahagiaan penyanyi lagu Nakal itu termasuk dengan siapa wanita berkenaan ingin menjalinkan hubungan cinta.

"Saya tidak kecewa atau berkecil hati, daripada dulu lagi kami hanya kawan sahaja dan tidak pernah pun bercinta.

"Jadi bila ada orang yang ingat saya ditinggalkan ia tidak benar, saya sendiri gembira dan sentiasa doakan yang baik-baik untuk mereka," ujarnya kepada mStar Online.

Radin atau nama sebenarnya Radin Amir Effendi diminta mengulas tentang komen netizen yang bersimpati terhadapnya selepas Ayda Jebat dikatakan kini semakin rapat dengan Redza Rosli.

Antara komen netizen di Instagram @mstaronlineofficial berhubung berita yang mengaitkan Ayda Jebat dan Redza Rosli.

Radin mengendalikan segmen Super 40 Era yang bersiaran setiap Isnin hingga Khamis.

Selain itu Radin berkata, dia dan pelakon drama Maid itu masih lagi berhubung dan sering bertemu di majlis-majlis hiburan.

"Memang ramai yang komen kasihankan saya bila keluar berita berkaitan Ayda, tolong jangan kasihankan saya. Saya baik-baik sahaja.

"Kamu baru sahaja bertemu beberapa hari lalu dalam sebuah majlis.

"Saya akui ada peminat yang suka dan mahu melihat kami bersama tapi kenyataannya mereka perlu bezakan antara kerja dan peribadi," ujarnya.

Tambah Radin, dia berharap peminat-peminatnya terus menyokong kerjaya mereka masing-masing.

Radin Amir

Artikel Sebelum

Aiman Tino Belum Terbuka Hati Berlakon

Artikel Berikut

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain