Kawan Kerabat, Fattah Mahu Lihat Neelofa Bahagia

Fattah Amin harap peminat akan terus beri sokongan kepada dia dan Neelofa.

PETALING JAYA: Pelakon kacak, Fattah Amin menerima dengan baik berita terbaharu iaitu persahabatan antara Neelofa dengan seorang kerabat diraja seperti disahkan aktres wanita itu.

Fattah Amin, 27,  berkata, dia sentiasa mendoakan yang terbaik terhadap apa sahaja keputusan yang dibuat oleh Neelofa selain mahu melihat pelakon wanita itu menemui kebahagian dalam kehidupannya.

"Sebagai kawan dan sahabat, saya mendoakan kebahagiaan dalam apa sahaja keputusan yang dilakukan.

"Saya juga sentiasa memberi sokongan apa yang baik untuk kehidupan dan masa depan dia," ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Selasa.

SILA KLIK: Neelofa Sahkan Berkawan Dengan Kerabat Diraja

Fattah mengulas tentang kenyataan Neelofa pada malam Isnin yang mengesahkan dia kini sedang berkawan baik dengan seorang kerabat diraja.

Mereka pernah dilihat keluar bersama sehingga perkara itu menjadi tular di laman sosial dan dibincangkan di forum-forum Internet.

Doakan yang terbaik untuk kebahagiaan masing-masing.

Dalam pada itu Fattah mengambil pendekatan untuk tidak mengulas lanjut tentang perkara itu bagi menjaga hati banyak pihak.

"Saya tidak boleh komen kerana ia melibatkan banyak pihak dan saya tidak mahu kenyataan saya akan menimbulkan perkara yang buruk," ujarnya.

Dalam pada itu, Fattah berharap peminat-peminat yang mengharapkan hubungan percintaan dia dan aktres itu sehingga ke jenjang pelamin terus memberi sokongan kepada mereka biarpun mereka tidak bersama.

Kata Fattah,  dia sudah pun menjelaskan situasi hubungannya dan Neelofa kepada peminat-peminatnya pada majlis bertemu peminat yang diadakan minggu lalu.

"Saya sangat terharu sokongan peminat yang masih kuat terhadap kami walaupun drama Suri Hati Mr Pilot sudah lama berakhir.

"Saya mahu mereka terus menyokong kerjaya kami selepas ini biarpun kami mempunyai pasangan masing-masing," ujarnya.

Sebelum ini Neelofa dan Fattah dikatikan sebagai pasangan bercinta sehinggalah peminat memperkenalkan hastag #Lofattah di media sosial sebagai menyokong percintaan mereka.

Fattah Amin, Neelofa, Lofatah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Artikel Lain