suria

Alif Satar Dapat Ilham Nama Anak Kedua Ketika Umrah

Alif bersama bayi keduanya, Ariana Mecca yang dilahirkan pada pukul 6.45 pagi Khamis. Foto Instagram @alifsatar

PETALING JAYA: Penyanyi Alif Satar memilih nama Ariana Mecca untuk bayi perempuan keduanya yang selamat dilahirkan pada pukul 6.45 pagi, Khamis.

Alif atau Muhammad Alif Mohd Satar, 27, berkata, dia dan isterinya, Sha Dila Halid mendapat ilham nama tersebut ketika menunaikan ibadah Umrah pada November lalu.

"Sebenarnya saya dan isteri lama berfikir nama yang sesuai untuk anak kedua namun Alhamdulillah kami mendapat ilham untuk menamakannya Ariana Mecca ketika mengerjakan Umrah.

"Ariana membawa maksud kehidupan manakala Mecca itu bersempena dengan nama kota Mekkah ketika kami mendapat ilham menamakannya," katanya kepada mStar Online.

Terdahulu, Alif memberitahu isterinya selamat melahirkan Ariana secara normal di Pusat Perubatan Pantai, Bangsar dekat sini.

Bayi yang dilahirkan secara normal itu seberat 3.41 kilogram.

"Alhamdulillah keadaan isteri dan anak kami berada dalam keadaan baik.

"Terima kasih atas semua doa dan ucapan tahniah daripada rakan-rakan dan peminat," katanya.

Alif dan Sha Dila berkahwin pada 15 September 2014 dan mereka turut mempunyai seorang lagi cahaya mata iaitu Alisha Anugerah yang kini berusia dua tahun.

Alif Satar, Ariana Mecca

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain