Wawa Zainal Jaga Penampilan Demi Suami - Hiburan | mStar

Wawa Zainal Jaga Penampilan Demi Suami

Wawa Zainal dan Aeril Zafrel semakin bahagia selepas lima tahun mendirikan rumah tangga. Foto AZLINA ABDULLAH

PETALING JAYA: Pelakon Wawa Zainal memberitahu status sebagai isteri dan ibu kepada dua cahaya mata tidak pernah dijadikan alasan dalam memastikan dia sentiasa menjaga penampilan dirinya.

Wawa atau Nur Hawa Zainal Abidin, 26, bagaimanapun berkata, apa yang dilakukannya bukan untuk mendapat perhatian atau bersikap riak sebaliknya ia untuk suaminya aktor Aeril Zafril.

"Saya seperti wanita berkahwin lain tetap sibuk dengan urusan rumah tangga selain menguruskan keperluan suami dan dua anak kami yang masih kecil.

Wawa menjaga penampilan diri untuk suami.
"Tetapi saya tidak menjadikan perkara itu sebagai alasan untuk mengabaikan penampilan diri walaupun sudah berkahwin.

"Saya kurus dan menjaga penampilan pun bukanlah kerana ingin bersikap menunjuk-nunjuk sebaliknya apa yang dilakukan adalah semata-mata demi suami," katanya kepada mStar Online.

Pelakon itu ditemui pada pertunjukkan fesyen portal beli-belah Haqqi yang diadakan di Hotel Royale Damansara di sini, baru-baru ini.

Wawa dan Aeril berkahwin pada 25 Februari 2012 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ahmad Fakharuddin Attar, 3 dan Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa yang kini berusia setahun.

Dalam pada itu, Wawa menyangkal dia mula menjaga kecantikan dirinya kerana berasa cemburu apabila Aeril sentiasa menjadi perhatian peminat wanita.

Kata Wawa, selepas lima tahun berkahwin, perasaan curiga atau cemburu sudah tiada selain masak dengan sikap suaminya itu.

"Saya tidak pernah merajuk atau cemburu pun jika dia sering menjadi perhatian peminat kerana selepas lima tahun berkahwin saya kenal benar dengan sikapnya.

"Perubahan dan menjaga penampilan diri ini bukan kerana cemburu tetapi ia kewajipan saya untuk kelihatan cantik untuk suami, itu sahaja," ujarnya.

Antara koleksi pakaian muslimah terbaharu yang dijual menerusi portal Haqqi.

Sementara itu, Aeril pula memberitahu dia tidak kisah dengan penampilan isterinya kerana hatinya tidak akan berubah terhadap wanita itu.

"Tidak kira dia cantik atau tidak, hanya Wawa sahaja yang saya pandang tambahan pula pada fasa sekarang saya langsung tidak terfikir untuk buat perkara yang tidak mendatangkan faedah.

"Anak kami sudah dua dan fokus saya kini hanyalah untuk bekerja keras demi meningkat ekonomi keluarga," katanya.

Dalam perkembangan lain, Wawa dan Aeril dilantik sebagai duta portal beli-belah Haqqi selama setahun yang menawarkan barangan kelengkapan untuk wanita dan lelaki mengerjakan ibadah Haji dan Umrah.
Wawa Zainal , Aeril Zafrel , Haqqi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Mia Ahmad Pilih Menetap Di JB

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain