Bekas Penyanyi Asiarasa, Papa J Meninggal Dunia - Hiburan | mStar

Bekas Penyanyi Asiarasa, Papa J Meninggal Dunia

Allahyarham Jamal Manap. Foto dari Facebook milik beliau.

PETALING JAYA:  Bekas penyanyi kumpulan Asiarasa yang popular lewat tahun 1980-an iaitu Jamal Manap, 55, meninggal dunia di Hospital Ampang dekat sini kira-kira pukul 9.55 malam Jumaat.

Allahyarham dikatakan terjatuh di bilik air dalam rumahnya di Taman Kosas dan ditemukan oleh seorang pekerjanya untuk pergi berniaga dan kemudian dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Abangnya, Mohamad Sani, 57, berkata, Allahyarham dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi, Hospital Ampang sehinggalah dia meninggal dunia dipercayai akibat pendarahan dalam kepala.

Jamal yang masih bujang tinggal seorang diri.

Allahyarham yang terkenal dengan jolokan Papa J pernah mengganggotai kumpulan Asiarasa bersama bekas pengacara TV3 iaitu Khalid Ahmad dan muncul dengan lagu Tanda Ikatan.

Jamal turut dikenali kerana sering hadir sebagai penonton dalam rancangan Gegar Vaganza yang kerap menari bersama Chef Yang Jamil sebagai memberi sokongan kepada artis membuat persembahan.

Kali terkahir beliau muncul dalam acara hiburan semasa program Doa Untukmu Rohingya anjuran Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) di Istana Budaya pada 1 Januari lalu.

Jenazah Allahyarham akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Ampang dekat sini sebelum solat Zohor, Sabtu.

Papa J , WHAM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Mia Ahmad Sah Bergelar Isteri Izham Tarmizi

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain