suria

Mia Ahmad Sah Bergelar Isteri Izham Tarmizi

Mia Ahmad sah bergelar isteri Izham Tarmizi dnegan sekali lafaz. Foto Ihsan project2pi

PETALING JAYA: Dengan sekali lafaz, pelakon Hati Perempuan, Mia Ahmad selamat bergelar isteri kepada penjaga gol JDT iaitu Mohd Izham Tarmizi Roslan kira-kira pukul 10.18 pagi Jumaat.

Pasangan tersebut dinikahkan oleh jurunikah Ustaz Abdul Rashid Azidin dengan disaksikan oleh bapa pengantin perempuan Ahmad Baderi dalam satu majlis yang berlangsung di Villa Sentosa, Taiping, Perak.

Mia atau nama sebenarnya Shamiha Ahmad Baderi, 29, menerima mas kahwin sebanyak RM2,000 daripada Mohd Izham, 26.

Mia mengayakan busana Lynda Rahim. Foto Project2pi.

Mia turut menerima tujuh dulang hantaran daripada pengantin lelaki dan dibalas sembilan dulang, manakala wang hantaran tidak dimaklumkan.

Pada majlis istimewa tersebut Mia anggun mengayakan busana berwarna krim daripada pereka fesyen Lynda Rahim.

Majlis tersebut dihadiri kira-kira 200 tetamu terdiri daripada ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat kedua-dua belah pihak.

Sekali lafaz sahaja Izham sah menjadi suami kepada Mia Ahmad. Foto-Project2pi.

Pasangan ini akan mengadakan majlis resepsi di Taiping Golf & Country Club Perak pada Sabtu (esok).

Majlis menyambut menantu akan diadakan di Terengganu pada Mac 2017, manakala majlis untuk rakan-rakan di Kuala Lumpur pada penghujung Januari tahun yang sama.

Majlis pernikahan tersebut disiarkan secara eksklusif menerusi 'live streaming' di portal tonton.com.my

Mia Ahmad, Izham Tarmizi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain