Amyza Aznan Ingin Tingkatkan Populariti - Hiburan | mStar

Amyza Aznan Ingin Tingkatkan Populariti

Amyza Aznan ingin tingkatkan kembali populariti dalam bidang seni. Foto RAJA FAISAL HISHAN

PETALING JAYA: Pelakon Amyza Aznan mengakui antara faktor dia menyertai program Super Spontan Superstar kerana ingin meningkatkan kembali popularitinya dalam bidang seni.

Amyza berkata, persaingan daripada lambakan artis baharu membuatkan dia perlu memasang strategi dan melihat program berkenaan sebagai platform terbaik.

"Saya bukannya takut dengan persaingan baharu kerana itu adalah kitaran biasa dalam bidang seni tetapi sebagai generasi lama dalam industri saya perlu pasang strategi untuk kekalkan nama.

Amyza sahut cabaran bertanding dalam Super Spontan Superstar.
"Menerusi Super Spontan Superstar saya lihat ia platform terbaik untuk meningkatkan kembali populariti kerana ia sebuah rancangan yang diminati ramai.

"Ini adalah salah satu faktor saya bersetuju untuk menyertai pertandingan tersebut," ujarnya.

Bagaimanapun kata Amyza, itu bukan bererti dia perlu memandang ringan terhadap tanggungjawab dan cabaran yang bakal digalas menerusi pertandingan itu nanti.

Sebaliknya, sebagai peserta dia ingin melakukan terbaik memandangkan tidak ramai artis wanita berani untuk mencuba menyertai Super Spontan Superstar.

"Empat musim terdahulu saya memang menonton tetapi jujurnya saya kurang faham tentang konsep dan permainan dalam Super Spontan Superstar.

"Apabila semua peserta dikumpulkan dalam boootcamp baru-baru ini baharulah saya faham dan sedar ini bukan sebuah pertandingan biasa.

"Pemikiran kena tajam dalam memikirkan idea-idea dalam masa singkat selain memerlukan tumpuan dalam setiap permainan," katanya.

Super Spontan Superstar bakal bersiaran bermula 5 Ogos depan di saluran Astro Warna 132 dan Mustika HD 134 pada setiap hari Jumaat, 9 malam.

Ia turut bersiaran secara langsung setiap minggu di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang dekat sini.

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

Artikel Lain