"Biar Allah Hukum" - Iqram Komen Foto Bersama Uqasha Buka Tudung Tersebar

Iqram dan Uqasha nafi digosipkan bercinta Ogos tahun lalu.

PETALING JAYA: Pelakon Iqram Dinzly menganggap gambar percutiannya bersama Uqasha Senrose yang turut menyaksikan aktres itu membuka tudung adalah satu ujian besar dalam dirinya.

Iqram, 33, berkata, dia enggan memberi sebarang komen tentang perkara itu dan meminta individu yang mendedahkan foto dan maklumat berhubung hal itu bertanggungjawab terhadap perkara berkenaan.

"Saya minta maaf, saya hanya mampu katakan no comment mengenai gambar percutian itu dan tidak boleh beri kerjasama.

"Sahih atau tidak sahih, biarlah Allah menghukumnya kerana kita sebagai manusia sesama manusia seharusnya sebaik mungkin menutup aib sendiri, inikan pula aib orang lain.

"Saya bukan malaikat mahupun maksom kerana kita manusia sentiasa diuji dan diduga," ujarnya kepada mStar Online

Salah satu gambar Iqram dan Uqasha yang menjadi kontroversi.

Iqram berkata demikian ketika diminta mengulas tentang gambar mesranya bersama Uqasha ketika sedang bercuti di pulau Koh Lipe, Thailand yang tersiar di akhbar mingguan, Ahad lalu.

Beberapa keping foto tersebut memperlihatkan Uqasha tidak berhijab dan berpakaian seksi bersama adik-adik yang lain.

Tambah Iqram, dia berharap perkara tersebut tidak terus diperbesarkan kerana ia merupakan hak dan privasi buat dirinya.

"Saya juga berharap perkara ini tidak terus diperbesarkan. Biarlah apa pun persepsi orang, apa orang nak katakan.

"Andai terjatuh fitnah sekalipun, sebagai hamba Allah saya tetap memaafkan insan itu dan terima kasih kerana prihatin," ujarnya.

Gosip percintaanya dengan aktres tersebut tersebar sejak pertengahan tahun lalu, namun kedua-duanya menafikan perkara tersebut.

Uqasha sebelum ini pernah bertunang dengan Pekin Ibrahim namun hubungan itu putus dan selepas itu dikatakan menjalikan cinta separuh jalan dengan Syafiq Kyle.
Iqram Dinzly, Uqasha Senrose

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Artikel Lain