suria

Fizo Omar Serah Pada Isteri Fikir Rekaan Baju Melayu

Fizo Omar dan Mawar sedang melayan pelanggan yang ingin membeli baju Melayu di Fareeda.
PETALING JAYA: Pelakon Fizo Omar menyerahkan sepenuhnya kepada Mawar untuk memikirkan rekaan baju Melayu sempena  Hari Raya jenama Fizo Omar untuk dijual di butik Fareeda sempena Hari Raya Aidilfitri ini.

Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 30, berkata dia tidak mempunyai kepakaran membuat rekaan baju terutamanya untuk mengikut kepada fesyen semasa.

"Tahun ini ada dijual baju Melayu menggunakan nama saya butik Fareeda dan rekaan-rekaan tersebut merupakan idea Mawar (isteri). Memang saya bagi sepenuhnya kepada dia untuk memikirkan rekaan baju itu.

"Ia adalah bidang kepakaran dia, saya hanya ikutkan dan bantu daripada sudut pemasaran sahaja," ujarnya kepada mStar Online.

Kata Fizo, koleksi baju Melayu jenamanya dan baju kurung Mawar merupakan salah satu koleksi terbaharu butik Fareeda sempana sambutan Hari Raya ini.

"Mawar lebih faham fesyen semasa dan tahu apa yang pelanggan mahukan. Baju ini dijual dengan harga RM295 sepasang dan ia mudah untuk dipakai. Jadi raya tahun ini saya pakai baju-baju raya saya sendiri sahaja," ujarnya.

Dalam pada itu, Fizo turut memberitahu bakal mengadakan rumah terbuka pada Hari Raya ketiga di kampung halamannya di Selising, Pasir Putih, Kelantan.

Dia turut menjemput peminat-peminatnya di Pantai Timur untuk datang beraya dari pukul 1 hingga 5 petang.

"Insya-Allah saya buat rumah terbuka seperti tahun sebelum ini iaitu pada raya ketiga nanti. Bagi siapa yang nak datang boleh datang beramai-ramai bermula pukul 1 hingga 5 petang.

"Alhamdulillah, saya buat rumah terbuka lebih besar kali ini memandangkan rezeki tahun ini lebih baik," ujarnya.

Fizo Omar, Fareeda

Artikel Lain