RTM Kekalkan 'Syahadah' & 'Ketuk-Ketuk Ramadan' Kerana Rating Tinggi - Hiburan | mStar

RTM Kekalkan 'Syahadah' & 'Ketuk-Ketuk Ramadan' Kerana Rating Tinggi

Antara artis dan individu terlibat dalam program Ramadan terbitan RTM pada tahun ini.
KUALA LUMPUR: RTM mengekalkan dua program khas sempena Ramadan tahun ini iaitu Syahadah dan Ketuk-Ketuk Ramadan kerana rancangan itu mendapat rating  tinggi di stesen berkenaan pada tahun lalu.

Pengurus Saluran TV1, Noriah Letuar berkata dua program itu menjadi tunjang utama untuk program khas Ramadan 2015 RTM.

“Rating yang paling tinggi untuk tahun lepas sewaktu bulan Ramadan ialah program dokumentari Syahadah dan program masakan ketuk-ketuk Ramadan.

"Jadi pada tahun ini kami masih mengekalkan dua program ini Cuma Syahadah ditukarkan format dokumentari kepada konsep majalah," katanya kepada mStar Online sempena pelancaran program khas Ramadan saluran RTM di Angkasapuri di sini pada Selasa.

Program Syahadah yang diterbitkan dalam bentuk majalah itu mempunyai 30 episod dan  lokasi penggambarannya seperti Turki, Mekah dan Madinah.

Bagi program ketuk-ketuk Ramadan, artis yang akan tampil dengan bakat masakan antaranya ialah Nelydia Senrose, Fasha Sandha, Hanez Suraya dan Izzue Islam.

Selain itu, menerusi program keagamaan, telefilem, drama bersiri dan majalah, TV1 tampil dengan 14 program khas, TV2 menyiarkan sepuluh program dan TVi pula dengan empat program menarik.

Antara program menarik di TV1 ialah siaran lansung solat Tarawih dari Mekah, Sajian Sunnah Musim 2, telefilem Hanya Suara, Temukan Aku Pada Ramadan, Di Halaman Rindu dan Tulus Sufi.

TV2 pula membariskan beberapa program hebat seperti Ramadan In Australia, Baitul Rahmat, Lazeez, Jelajah Rasa Pegro, Klik-klik Andalus dan drama bersiri Fajar Di Bukhara.

Sementara itu, untuk Ramadan 2015, RTM tampil dengan tagline saluran #InikanPuasa bagi semua saluran televisyen itu termasuk radio.

Saluran radio RTM pula akan menganjurkan Jelajah Ramadan yang merupakan program utama saluran radio RTM setiap tahun.

Jelajah ini akan bermula 17 Jun sehingga 10 Julai 2015 di seluruh kawasan termasuk utara, Pantai Timur dan selatan.
RTM , Noriah Letuar

Artikel Berikut

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

Artikel Lain