suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Amaris Sangkal Kerjaya Semakin Berkubur

Amran Ismail kini mahu dikenali sebagai Amaris.
PETALING JAYA: PELAKON Amran Ismail yang kini dikenali sebagai Amaris menyangkal dakwaan yang mengatakan kerjaya seninya semakin hampir berkubur sebaliknya banyak menerima tawaran termasuk di Brunei Darussalam.

Amaris, 29, berkata biarpun dia kurang dilihat di televisyen tempatan namun dia sebenarnya sibuk melebarkan bakat di negara jiran itu.


"Alhamdulillah saya masih lagi menerima tawaran berlakon cuma pada awal tahun saya terpaksa tolak beberapa tawaran di Malaysia kerana nak habiskan pengambaran di Brunei.

“Saya berlakon di sana bukan kerana merajuk atau semakin tenggelam di negara sendiri. Saya masih lagi rakyat Malaysia dan memang fokus karier di negara sendiri cuma tawaran dari Brunei datang terlebih dahulu,” katanya kepada mStar Online.



Selain itu, Amaris berkata dia baru selesai menjalani dua pengembaran drama 30 episod sempena bulan Ramadan.

Tambah Amaris, selepas pulang ke Malaysia, dia akan tampil dalam beberapa  drama terbaru tidak lama lagi.

“Saya baru selesai pengambaran untuk drama 30 episod berjudul Ku Sandarkan Kepadamu dan satu lagi drama yang akan keluar sempena Ramadan juga ialah Menanti Hidayah.

“Lepas balik dari Brunei, saya sekarang tengah berlakon dalam drama arahan Michael Ang berjudul Jodoh Sebelah Pintu dan saya turut berlakon dalam slot terbaru Akasia nanti, Syurga Nur,” kata Amaris yang menafikan kariernya hampir terkubur.

Sementara itu, drama lakonan Amaris di Brunei iait Ku Sandarkan Kepadamu terbitan Tenview Production akan disiarkan di RTV2 (siaran televisyen Brunei).

Drama 30 episod tersebut diarahkan oleh Brotherhood dan akan mula bersiaran pada bulan Ramadan ini.
Amaris, Amran Ismail

Artikel Lain