suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

DJ Fuzz Tinggalkan Kerjaya DJ Kerana Faktor Usia

DJ Fuzz tumpu pada syarikat rakaman Mixologi Music.
PETALING JAYA: Komposer DJ Fuzz memberitahu keputusannya meninggalkan kerjaya sebagai pengacara lagu (DJ) di kelab-kelab hiburan adalah disebabkan faktor usia.

DJ Fuzz atau nama sebenarnya Farwa De Attaher Emir, 38, berkata, perhatian dan fokus utamanya kini adalah sebagai komposer disamping menjalankan operasi syarikat rakamannya iaitu Mixologi Music.

"Saya tidak lagi sekerap dulu menjadi DJ, bukan sebab tiada sambutan atau penerimaan cuma faktor usia yang sudah hampir 40 tahun dan sudah tidak larat seperti dulu lagi.

"Kita beri peluang kepada generasi baru pula dan saya kini ingin cuba perkara lain iaitu masuk pasaran industri sebagai komposer dan menjalankan syarikat rakaman saya sendiri," ujarnya kepada mStar Online.

Tambahnya, ia merupakan fasa baharu buat dirinya dalam melebarkan lagi sayap sebagai anak seni.

Dalam pada itu, bercerita tentang bidang penciptaan lagu, DJ Fuzz berkata, dia tidak hanya menumpukan kepada genre hip-hop semata-mata biarpun bermula dengan genre tersebut.

Katanya, dia banyak mencuba pelbagai genre lain seperti balada dan pop rock.

"Saya kini menguruskan lapan orang artis dibawal label saya iaitu Mark Adam, Iwere, Lawa Nie Geng, Karmal, Juzthin, Erza Bahra dan Eleena Harris, dan mereka bukan semuanya genre hip-hop"

"Ada juga yang saya campurkan genre dangdut dengan hip-hop, selain itu saya juga ada mencipta lagu balada seperti Kembalikan Semula nyanyian Ewal AF2014," ujarnya.

DJ Fuzz, Mixology Music

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain