suria

'Konsert Amal Mata Hati' Himpun Artis Terkenal

Caliph Busker antara artis yang bakal mengadakan persembahan pada Konsert Amal Mata Hati.

PETALING JAYA: Seramai enam artis terkenal bakal mengadakan persembahan istimewa bersempena dengan Konsert Amal Mata Hati yang bakal diadakan pada 28 Mac ini.

Dalam satu kenyataan kepada mStar Online, konsert berkenaan diadakan bertujuan untuk mengumpul dana bagi misi bantuan kemanusiaan di Bangladesh kelolaan Islamic Relief Malaysia (IRM) bagi menampung kos pembedahan katarak dan pemulihan mata.

"Alhamdulillah sokongan daripada rakan artis untuk menjayakan persembahan ini memberi makna besar kepada kami selaku penganjur dalam misi bantuan kemanusian di Bangladesh.

"Keseluruhan jualan tiket pada acara itu nanti akan disalurkan terus kepada IRM yang mana penerima dana telah pun dikenal pasti," kata kenyataan tersebut.

Konsert Amal Mata Hati akan diadakan pada 28 Mac ini.

Konsert Amal Mata Hati bakal diadakan di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur bermula pukul 8.30 malam.

Enam artis yang bakal mengadakan persembahan adalah Usop Kopratasa, The Muhibbain & Andy Flop Poppy, Caliph Buskers, Daqmie, Art Fazil dan Ali (XPDC).

Ia dianjurkan oleh sekumpulan anak muda yang menggelarkan diri mereka sebagai Kengkawan Project.

Tiket untuk menyaksikan persembahan berkenaan dijual pada harga RM70 dan RM50. Untuk sebarang keterangan lanjut boleh menghubungi Norhana di talian 012-3893409 atau Azila 013-3995192.

Konsert Amal Mata Hati.

Artikel Lain