Jenazah Harun Salim Bachik Selamat Dikebumikan - Hiburan | mStar

Jenazah Harun Salim Bachik Selamat Dikebumikan

KUALA LUMPUR: Jenazah pelakon yang juga pelawak terkenal, Harun Salim Bachik atau nama sebenarnya Haron Aminar Rashid Salim, 55, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ar Raudhatul Sakinah Batu Muda, Batu Caves, dekat sini, pada pukul 11 pagi, Isnin.

Allahyarham sebelum itu dimandi dan disembahyangkan di Surau Al Mutmainnah Jalan Pandan Perdana 8/1, kira-kira pukul 9 pagi.

Majlis pengkebumian Allahyarham telah dihadiri lebih 500 ahli keluarga, kenalan dan rakan artis bagi memberi penghormatan terakhir.

Antara rakan artis yang hadir ialah Datuk Hattan, Datuk Rosyam Nor, Johan Yazid, Aziz M.Osman, Dira Abu Zahar, Zed Zaidi, Den Wahab, Afdlin Shauki, Riezman Khuzaimi, Hans Isaac, S. Sahlan, Imuda, Awie, Arash Mohamad dan Elly Suriati.

Jenazah Allahyarham tiba dikediamannya di Taman Pandan Perdana jam 1.15 pagi, Isnin dari Hospital Parit Buntar, Perak menaiki ambulans Jabatan Pertahanan Awam.

Allahyarham meninggal dunia selepas rebah di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Gunung Semanggol di Bukit Merah, Perak, petang Ahad.

Bagaimanapun, Allahyarham disahkan meninggal dunia oleh Pembantu Perubatan Pejabat Kesihatan Gunung Semanggol, jam 4.20 petang Ahad. Beliau sebelum ini memang diketahui mengidap asma. 

Arwah mula dikenali dalam dunia lakonan selepas membintangi drama bersiri Rumah Kedai yang disiarkan TV3 sekitar 80-an bergandingan bersama pelakon Sudiro Sukiman.

Bagaimanapun akhir-akhir ini beliau lebih dikenali sebagai salah seorang anggota kumpulan Boboi bergandingan dengan Afdlin Shauki dalam siri Maharaja Lawak.

Antara filem lakonannya ialah Man Laksa, Baik Punya Cilok, Cuci, Apa Kata Hati?, Setem, Papadom, My Spy, Duhai Si Pari-Pari, Lu Pikirlah Sendiri de Movie, Kapoww!!, Aku Bukan Tomboy, Hoore! Hoore! dan Jalan Kembali: Bohsia 2.


Harun Salim Bachik

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

Artikel Lain