suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sharnaaz Ahmad Enggan Menyesal Ulas Hubungan Cinta

Sharnaaz ambil iktibar pengalaman bercinta lalu.
PETALING JAYA: Pelakon Sharnaaz Ahmad menjelaskan keengganannya mengulas tentang kontroversi percintaan dengan pelakon Anis Al-Idrus berikutan tidak mahu menyesal dengan kenyataan yang dikeluarkan.

Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Basir Ahmad, 30, berkata, dia mengambil pengajaran daripada pengalaman percintaan sebelum ini yang dianggap sebagai tidak matang.

"Biar saya simpan dulu sebarang kenyataan yang boleh memudaratkan dan membuatkan saya menyesal kemudian hari.

"Saya rasa sudah cukup matang untuk berhadapan dengan perkara ini dan ia kerana pengajaran daripada pengalaman lalu," ujarnya kepada mStar Online.

Sharnaaz dan Anis tampil bersama di sebuah majlis hiburan.

Lagi pula, Sharnaaz  berkata, dia tidak pernah membuat sebarang pengakuan tentang percintaan dengan wanita tersebut kepada umum.

Dalam pada itu, katanya, buat masa ini, dia lebih menumpukan perhatian terhadap kerjaya terlebih dahulu.

Bagaimanapun, lelaki dia sentiasa mengharap agar dipertemukan dengan seorang wanita yang mampu menjaganya terutamanya ketika sakit.

"Tahun ini saya ingin fokus dengan kerjaya lakonan dan bisnes terlebih dahulu. Selepas berjaya barulah saya nak fikir fasal wanita.

"Siapa yang tidak mahu berkahwin dan mempunyai keluarga, saya sendiri mahu seorang wanita yang boleh menjaga saya terutamanya ketika sakit," ujarnya.
Sharnaaz Ahmad, Anis Al Idrus

Artikel Sebelum

Amir Raja Lawak Nikah 14 Mac

Artikel Lain