suria

Tiga Lokasi Konsert 'Wings Menakluk Kosmos'

Wings bakal menggerakan tiga buah bandar dengan konsert khas buat para peminat mereka.

PETALING JAYA: Kumpulan rock terkenal iaitu Wings memilih tiga lokasi istimewa bersempena dengan 'Konsert Wings Menakluk Kosmos' yang bakal menemui peminat bermula 27 Disember ini.

Kumpulan itu menerusi persembahan pertamanya membuka tirai di Pulau Pinang iaitu di Tapak Ekspo, Seberang Jaya sebelum menemui peminat di Stadium Tertutup, Kuala Terengganu, Terengganu (9 Januari) dan berakhir di MITC, Melaka (31 Januari).

Konsert itu bersempena dengan pelancaran album terbaharu Wings berjudul Menakluk Kosmos yang mendapat sambutan hebat daripada peminat sejak ia dipasarkan pada Mei lalu.

Selain bakal mendendangkan lagu-lagu daripada album baharu, Wings akan menyampaikan susunan lagu hit mereka termasuk Bisa Yang Tertunda, Ingatkan Dia, Peti Pandora Mu, Raja Segala Duri, Segitiga Piramida dan Penanti.

Selain Awie selaku vokalis, Wings turut dianggotai oleh Eddie, Black dan Joe.

Sementara itu, konsert berkenaan dijangka bakal bermula pukul 8.45 malam dengan durasi selama 180 minit dan Wings berjanji akan menampilkan persembahan bertenaga untuk semua peminat yang bakal hadir nanti.

'Konsert Wings Menakluk Kosmos' dianjurkan oleh Anggerik Events.

Tiket untuk menyaksikan konsert berkenaan dijual pada harga serendah RM75 dan bagi penonton yang mendapatkan tiket berharga RM390 mereka berpeluang mendapatkan cenderamata khas, beramah mesra dan makan malam bersama kumpulan Wings.

Untuk tempahan dan keterangan lanjut boleh melayari www.ticket2U.biz atau menghubungi talian 03-4026 5558.

Manakala bagi ahli kelab Sayap-Sayap Wings mereka boleh mendapatkan harga istimewa untuk menonton konsert berkenaan dengan menghubungi Zul di talian 012-266-6877 atau layari www.sayap2wings.com

 

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain