suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ibu Awie Meninggal Dunia Kerana Sakit Tua

Ibu Awie meninggal dunia pada pukul 8 pagi Jumaat kerana sakit tua.

PETALING JAYA: Ibu kepada vokalis kumpulan Wings iaitu Awie meninggal dunia kira-kira pukul 8 pagi Jumaat kerana sakit tua.

Azizah Abdul Hamid, 75, menghembuskan nafas terakhirnya di kediaman penyanyi itu di Ukay Perdana, Ampang, dekat sini.

Allahyarham dikatakan terjatuh ketika hendak ke bilik air sebelum ditemui oleh orang gaji.

Difahamkan, Allahyarham menghidap kencing manis serta darah tinggi dan tinggal bersama Awie sejak penyanyi itu mengalami masalah rumah tangga dengan isterinya, Rozana Misbun.

Awie (empat dari kiri) di kediamannya di Ukay Perdana, Ampang. Turut kelihatan anggota Wings iaitu Eddie (kiri) dan Joe (tiga dari kiri).
Allahyarham meninggalkan lima orang anak dan 16 cucu.

Suaminya, Othman Md Arof, 78, meninggal dunia pada 2011.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Cheras Baru dekat sini selepas solat Jumaat.
Awie, Azizah Abdul Hamid.

Artikel Sebelum

Artikel Lain