suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Astro Tarik Diri Anugerah Skrin 2014

Sherina Nordin (tiga dari kanan) bersama artis dan mereka yang memenangi Anugerah Skrin pada tahun lalu.

PETALING JAYA: Anugerah Skrin 2014 (ASK 2014) tetap menerima pencalonan sengit daripada drama-drama tempatan biarpun stesen televisyen berbayar Astro menarik diri daripada mencalonkan sebarang kategori dalam anugerah tersebut.

Pengurus Besar Kumpulan, TV3 & TV9, Sherina Nordin, berkata, walau bagaimanapun pihaknya menerima pencalonan daripada kesemua stesen televisyen lain bawah naungan Media Prima serta RTM, Bernama dan TV Al-Hijrah untuk 32 kategori yang dipertandingkan.

"Pihak Astro ada mengikuti penerangan yang kita adakan untuk pencalonan ASK 2014 yang kita buat, namun selepas itu mereka menarik diri daripada mencalonkan karya-karya siaran stesen mereka.

"Kami tidak pasti sebab-sebabnya namun ia sebenarnya bukan satu-satunya anugerah yang tidak mereka sertai," katanya ketika sidang media Anugerah Skrin 2014 di Sri Pentas, di sini, Khamis.

Majlis tersebut turut mengumumkan tarikh ASK 2014bakal  diadakan pada  7 November depan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Bagaimanapun, Sherina mengakui pencalonan yang diterima berkurangan berbanding tahun sebelum ini akibat penarikan diri Astrom itu.

Jelasnya, mungkin ada sebab tertentu stesen televisyen tersebut bertindak demikian.

"Kami membuka peluang kepada semua stesen televisyen untuk menghantar penyertaan,” katanya.

Sementara itu, Sherina berkata, ASK 2014 kali ini turut memperkenalkan dua kategori baharu iaitu Drama Bersiri Terbaik di Laman Sosial dan Drama Premium Terbaik.

Katanya, kategori tersebut diperkenalkan bagi menggalakkan perkembangan industri drama di negara ini.

"Kita wujudkan dua kategori ini kerana melihat kecenderungan penonton menonton di laman Internet dan membualkan perkara tersebut sehingga ia menjadi popular.

"Manakala, kategori premium adalah menggalakkan penerbitan drama yang bernilai lebih daripada RM150,000," ujarnya.

Selain itu, 12 kategori drama, 7 Kategori filem, 6 kategori penerbitan dalaman, 6 kategori teknikal dan 1 anugerah khas akan dipertandingkan mengikut syarat yang ditetapkan.

Karya-karya yang dipertandingkan terdiri daripada terbitan yang ditayangkan di televisyen dan pawagam mulai 1 Julai 2013 hingga 30 Jun 2014.

Antara drama yang layak bertanding dalam kategori Drama Terbaik seperti Olang (Balang Rimbun Sdn Bhd), Pelita Tanpa Sumbu (Luqsar Kreatif Sdn Bhd), Mengejar Neraka (Suhan Movies & Trading Sdn Bhd), What If (Mastermind Group Sdn Bhd), dan Balqis (Rumah Karya Citra Sdn Bhd).

Dalam pada itu, ASK 2014 akan menggunakan tema prestij dan anggun dan ia akan dihoskan oleh pelakon Fahrin Ahmad bersama beberapa pelakon popular lain seperti Zul Ariffin, Nabila Huda, Tasha Shilla, Shukri Yahaya dan Fiza Sabjahan.

Sementara itu, persembahan pentas akan dimeriahkan oleh DJ Fuzz, Lan, Black, Hafiz, Stacy, Adlin Aman Ramlie dan Ella.

ASK 2014

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain