Pelakon Baharu Aisya Hasnaa Perlu Jalani Fisioterapi Akibat Jatuh Motor - Hiburan | mStar

Pelakon Baharu Aisya Hasnaa Perlu Jalani Fisioterapi Akibat Jatuh Motor

PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi baharu iaitu Aisya Hasnaa mengalami kecederaan ringan selepas terjatuh daripada motosikal ketika sedang menjalani penggambaran sebuah drama berjudul Awek Merah Jambu pada Selasa lalu.

Aisya, 24, yang pernah membintangi drama Romi Cinta Julia ini berkata, dia mengalami luka-luka pada bahagian kaki manakala ligamen tangan kanannya terkoyak. Kemalangan itu juga memerlukan dia melakukan rawatan fisioterapi.

"Bagi karekter dalam drama ini saya perlu membawa motor, namun sebenarnya saya tidak pandai, jadi saya belajar dahulu dan bawa berjalan-jalan untuk biasakan diri. Bagaimanapun, selepas itu saya hilang kawalan dan terjatuh ke dalam sebuah longkang berhampiran.

"Pihak produksi terus bawa saya ke klinik berhampiran dan Alhamdulillah tiada perkara buruk berlaku, cuma ligamen tangan kanan saya terkoyak dan saya perlukan rawatan fisioterapi," ujarnya ketika dihubungi mStar Online, pada Jumaat.


Luka yang dialami oleh Aisya akibat jatuh motor.


Dalam pada itu, Aisya menganggap kemalangan dan kecederaan yang dialami itu tidak menjejaskan komitmennya terhadap penggambaran dan latihan teater Neo-Romantik yang sedang dilakukan.

Aisya berkata, dia menjadikan kemalangan itu sebagai satu cabaran sebagai anak seni.

"Doktor menasihatkan saya agar bercuti beberapa hari namun saya tidak mahu perkara ini akan menjejaskan jadual produksi dan pelakon-pelakon lain.

"Saya teruskan penggambaran walaupun badan agak sakit-sakit. Pada sebelah malam pula saya perlu hadir menjalani latihan teater yang akan berlangsung pada bulan hadapan di Damansara Perfoming Arts Centre, Damansara Perdana," ujarnya.

Aisya terpaksa menjalani penggambaran dan latihan teater yang bakal berlangsung bulan hadapan.

Dalam perkembangan lain, Aisya berkata, penggambaran drama Awek Merah Jambu yang dilakukannya adalah untuk siaran RTM bersama pelakon Syazwan Zulkifli dan Elfaeza Ul-Haq sebanyak 30 episod.

Dia juga bakal keluar dengan telefilem PI di TV3 pada 13 Ogos depan bersama Beto Kusyairi dan Josiah Hogan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain