suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ifa Raziah Beraya Di Singapura

Ifa dan keluarga akan beraya di Singapura.
PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi Ifa Raziah memberitahu dia dan keluarganya akan meraikan Lebaran kali ini di Singapura berikutan menjayakan persembahan selama tiga hari sebelum Hari Raya.

Ifa berkata, dia mengambil keputusan untuk terus beraya di sana berikutan tidak mahu berhadapan dengan kesesakkan lalu lintas yang kebiasaannya berlaku menjelang Hari Raya pertama.

"Tahun ini saya beraya di Singapura kerana tiga hari sebelum raya iaitu 25, 26 dan 27 Julai, saya ada persembahan di tiga buah tempat. 

"Lagi pula saya ke Singapura naik kereta kerana doktor tidak benarkan saya naik kapal terbang berikutan implan yang saya masukkan pada payu dara saya belum baik lagi dan tidak boleh menerima tekanan di tempat tinggi.

"Bila naik kereta terpaksalah tunggu keadaan kesesakkan jalan raya reda barulah balik ke Kuala Lumpur," ujarnya.

Tambah Ifa, ini merupakan kali kedua dia beraya di negara tersebut berikutan menerima undangan nyanyian pada malam raya.

Sementara itu, Ifa berkata, raya kali ini dia lebih bersedarhana berikutan masih lagi dalam keadaan sakit selepas pembedahan membuang ketulan pada payudaranya.

"Tahun ini saya raikan biasa sahaja hanya lebihkan persiapan untuk anak sahaja, saya pun tidak berapa sihat lagi sambut dalma keadaan yang sederhana," katanya.

Ifa Raziah, Singapura

Artikel Berikut

Artikel Lain