Wings Muncul Dalam Konsert Akustik Jun Depan - Hiburan | mStar

Wings Muncul Dalam Konsert Akustik Jun Depan

wings
Dari kiri Eddie, Black, Awie dan Joe yang akan tampil dalam konsert akustik pada Jun depan.

PUTRAJAYA: Kumpulan rock popular Wings bakal mengadakan konsert pertama secara akustik yang dikenali konsert ‘Wings Versi Tanpa Distortion’ yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini pada 8 Jun depan.

Vokalisnya, Awie atau nama sebenar Ahmad Azhar Othman, 46, berkata konsert tersebut merupakan sejarah bagi kumpulan Wings apabila pertama kali beraksi dengan konsep retrospektif akustika.

"Perbezaan konsert ini ialah kami tidak akan menggunakan elemen gitar elektrik seperti biasa. Transformasi muzik rock ke akustik ini akan menjadi tarikan utama, ia benar-benar bakal menguji kemampuan kami.

"Kami juga akan membuat susunan semula lagu-lagu yang akan disampaikan dalam versi akustik dengan bantuan beberapa pemuzik undangan khas untuk konsert ini," katanya pada sidang media konsert itu PICC, di sini, Rabu.

Sementara itu, tambah Awie, konsep akustik yang bakal dipersembahkan dalam konsert tersebut adalah bertujuan untuk menarik di kalangan peminat lama Wings yang sudah bekeluarga.

awie
Awie


Katanya, ia juga bertepatan dengan lokasi konsert yang diadakan di Putrajaya lebih kepada kediaman untuk keluarga.

"Konsep akustik ini sesuai dengan golongan berkeluarga dan peminat-peminat Wings dulu yang kini lebih meminati muzik santai," katanya.

Dalam pada itu, Awie mengakui cabaran utama adalah daripada segi teknikal selain tanggung jawab itu adalah hak pihak penganjur.

"Apa yang selalu merisaukan kami setiap kali persembahan ialah masalah teknikal kerana hal-hal berkenaan bukan kami yang uruskan.

"Namun biasanya bagi mengelakkan perkara itu berlaku kami akan buat beberapa kali pemeriksaan secara teliti sebelum memulakan persembahan," katanya.

Pada konsert tersebut, Wings akan membawakan sebanyak 18 buah lagu popular mereka termasuk beberapa lagu rock popular sekitar 80an dan 90an.

Harga tiket menyaksikan persembahan ini dijual dengan harga RM99, RM149, RM199, RM249, dan RM299.

Pembelian tiket secara dalam talian  boleh dilakukan di www.ezitix.net.

Awie , Wings

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.